KJ Dakwa Tiada Pertandingan Untuk Presiden UMNO Kerja Gila, Siapa Yang Gila Sebenarnya

KJ Dakwa Tiada Pertandingan Untuk Presiden UMNO Kerja Gila, Siapa Yang Gila Sebenarnya

KJ Dakwa Tiada Pertandingan Untuk Presiden UMNO Kerja Gila, Siapa Yang Gila Sebenarnya

Dalam satu hantaran di Instagram, Khairy Jamaluddin (KJ), mendakwa desakan 140 Ketua UMNO Bahagian supaya tiada pertandingan jawatan presiden UMNO sebagai kerja gila.

Baca di sini:



https://malaysiagazette.com/2023/01/12/henti-kegilaan-minta-jawatan-presiden-umno-tidak-dipertandingkan-kj/

KJ juga mendakwa bahawa beliau yakin bahawa DS Zahid adalah seorang ‘fighter’ dan bersedia membuka pertandingan untuk jawatan presiden UMNO.

Beliau juga berkata, tindakan Ketua UMNO Bahagian itu dilihat sebagai membunuh amalan demokrasi di dalam UMNO.

Agak menghairankan penulis apabila seorang yang pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata begitu.



Sebelum ini, penulis melihat KJ sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai potensi, walau pun banyak membuat keputusan dan kenyataan kontroversi.

Bagaimana seorang pemimpin yang sudah sekian lama berada dalam sebuah parti yang demokrasi boleh berpendapat begitu?

Apakah dengan hanya tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden, UMNO boleh dilabel sebagai parti yang tidak demokrasi?

Bukankah di dalam amalan demokrasi, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara?



Apakah KJ lupa bahawa 140 Ketua UMNO Bahagian itu membawa suara akar umbi pimpinan mereka?

Di manakah salahnya apabila mereka menyuarakan kehendak akar umbi yang mereka pimpin?

Dan apakah tindakan mereka itu dilihat sebagai tidak demokrasi atau membunuh amalan demokrasi di dalam UMNO?

Penulis hairan, mengapa KJ mempunyai pendangan yang begitu sempit mengenai takrifan demokrasi.



Atau KJ hanya mentakrifkan perkataan demokrasi hanya menurut selera beliau.

Jadi, siapa yang gila sebenarnya?

 

KJ Dakwa Tiada Pertandingan Untuk Presiden UMNO Kerja Gila, Siapa Yang Gila Sebenarnya

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button