3 melecur dapur restoran terbakar

3 melecur dapur restoran terbakar

3 melecur dapur restoran terbakar
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di dapur restoran yang mengalami kerosakan akibat kebakaran, hari ini. – Foto ihsan bomba

KOTA KINABALU: Tiga individu melecur dalam kebakaran dapur sebuah restoran di Kampung Gomantong Jaya, Kinabatangan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang tadi, pemilik restoran itu dikenali sebagai Rosmini, 44, melecur di bahagian muka, leher dan kaki.

Turut mengalami kecederaan ialah dua pelanggan restoran terbabit, iaitu Mohamad Sarkawi Saperi, 20, yang melecur muka, kaki dan tangan, serta Sabar Banto, 44, yang melecur di bahagian anggota badan sama.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.19 petang.

Susulan itu, beliau berkata, enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan mendapati dapur restoran itu terbakar 10 peratus tetapi api sudah dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Insiden berlaku apabila api dikatakan tiba-tiba marak di bahagian dapur sebelum wanita yang juga pemilik restoran itu cuba memeriksa tetapi disambar api.



“Dua lelaki yang juga pelanggan restoran itu kemudian turut disambar api,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Kinabatangan untuk menerima rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.24 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya

https://my-tv.online/2022/08/15/kanak-kanak-6-tahun-rentung-rumah-terbakar/.



3 melecur dapur restoran terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button