Villa teruskan rentak atasi Leeds

BIRMINGHAM, United Kingdom: Peningkatan Aston Villa di bawah Unai Emery berterusan menerusi kemenangan 2-1 mengatasi Leeds di Villa Park awal pagi tadi.

Leon Bailey dan Emi Buendia masing-masing meledak pada kedua-dua babak ketika Villa bangkit daripada kekalahan mengejut pada Piala FA kepada lawan League Two, Stevenage hujung minggu lalu.

Patrick Bamford merapatkan jaringan buat Leeds tujuh minit sebelum tamat tetapi kekalahan menyebabkan skuad kendalian Jesse Marsch hanya dua mata di atas zon penyingkiran.



Villa kekal di tangga ke-11 namun kini sama mata dengan Chelsea selepas hanya satu kekalahan dalam enam aksi liga sejak Emery mengambil alih pada Oktober.

Bailey menangis selepas wisel penamat ketika perlawanan terakhir Villa berdepan Wolves kerana terlepas peluang terbaik pada penghujung aksi.

Pemain Jamaica itu pantas membalas dengan membuka jaringan selepas hanya tiga minit dengan sepakan baik ke penjuru.



“Ia pastinya melegakan apabila melihat bola itu masuk. Ia akhirnya datang,” kata Bailey.

“Saya pernah lalui saat apabila bola tidak masuk tetapi saya gembira mengambil peluang itu hari ini.”

Selepas itu Leeds mendominasi babak pertama tetapi penyudah tumpul, tidak bernasib baik dan persembahan cemerlang Emiliano Martinez di gawang Villa menghalang mereka.



“Kami mempamerkan aksi yang menunjukkan kami adalah pasukan yang lebih baik, tapi yang lebih penting ia adalah persembahan lengkap pernah saya saya saksikan dalam sebuah pasukan,” kata Marsch.

“Jelas ia mengecewakan kerana satu mata amat penting ketika ini dan anda lihat ketegangan situasi itu, tapi jika kami boleh bermain seperti ini, kami ada sesuatu untuk dibangunkan.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading