Kanak-kanak ditemui lemas di Pantai Kemayang
Kanak-kanak ditemui lemas di Pantai Kemayang
BACHOK: Seorang kanak-kanak ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh dari benteng batu penghadang ombak di Pantai Kemayang, di sini, petang tadi.
Mangsa, Muhammad Hanif Nurhaqim Amran, 11, dikatakan terjatuh ke laut bersama abangnya, Muhammad Hanif Lokman, 12, dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali, berkata abang mangsa bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.55 petang.
Susulan itu, katanya, sebuah jentera FRT, sebuah Toyota Hilux serta sebuah bot aluminium dengan kekuatan tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Muhamad, dikerahkan ke lokasi.
“Mayat mangsa ditemui di kepala tembok penghadang ombak, kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
“Abang mangsa pula berjaya diselamatkan orang awam,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kanak-kanak berkenaan yang beralamat di Kampung Pauh Sembilan, Beris Kubor Besar, dikatakan ke pantai itu bersama ahli keluarganya.
Kanak-kanak ditemui lemas di Pantai Kemayang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tommy Thomas , jika benar ada kes salah laku kenapa kritik Zahid arah siasat?
- “Pemikiran politik harus berubah” – Prof Dr Siva
- “Kalah media sosial kita akan kalah pilihan raya” – Isham Jalil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :