Masuk bilik doktor, budak umur setahun terus tercegat
Panjang betul doanya - “Dia bersedia, nak kena apa pula lepas ni”
Masuk bilik doktor, budak umur setahun terus tercegat
KAKU! Begitulah reaksi seorang budak lelaki ketika berjumpa dengan seorang doktor pakar kanak-kanak.
Telatah kanak-kanak berusia setahun, Noah Mateen dirakam oleh ibunya, Teera Azhar, menunjukkan si cilik ini ‘takut’ berdepan doktor untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Bercakap kepada mStar, Teera mengimbas semula kisah yang mencuit hati itu dan dikongsi di laman sosial sehingga menjadi tular, baru-baru ini.
“Hari tu saya bawa anak pergi cucuk vaksin sebab umur dia dah masuk setahun lapan bulan.
“Memang sejak Noah bayi lagi saya dan suami bawa dia jumpa doktor Izzu (pakar kanak-kanak) untuk segala suntikan atau anak sakit.
“Jadi bila jumpa doktor ni, Noah dah kenal sebab setiap kali jumpa mesti kena cucuklah, spray hidunglah dan macam-macam lagi. Mungkin sebab tu dia jadi takut nak jumpa doktor ni,” kata wanita berusia 32 tahun itu.
Teera yang sudah mendirikan rumah tangga lebih lima tahun memberitahu, sebagaimana yang berlaku di dalam video, Noah berdiri di tengah-tengah bilik sejurus masuk berjumpa dengan doktor.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, Noah hanya mendiamkan diri selama lebih lima minit ketika doktor bertanyakan beberapa soalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
“Masa jumpa doktor Izzu, dia terus pandang bawah kaku tengah-tengah bilik. Dia main jari macam orang bersalah. Lama juga dia berdiri tercegat dekat situ sebelum saya rakam dia.
“Dia dah tahu tempat kami pergi tu jumpa doktor, jadi dia cuma bersedia saja nak kena apa pula lepas ni sebab tu dia nampak takut.
“Satu perkara tentang Noah yang saya perhati, dia akan diam dan tak buat apa-apa kalau kena marah atau takut. Memang tak akan ‘melawan’ pun,” ujarnya.
Jelas Teera lagi, doktor Izzu yang peramah sememangnya suka menyakat Noah, lebih-lebih sudah mengenali rapat anaknya.
Dalam pada itu, Teera turut menceritakan mengenai video itu yang meraih lebih 100,000 jumlah tontonan di TikTok.
Ada yang cakap Noah macam tengah baca doa panjang. Dah boleh khatam satu al-Quran.
TEERA
“Selepas saya tamatkan rakaman, saya kena angkat Noah duduk dekat meja doktor. Dia berborak dengan doktor macam tak ada apa-apa.
“Masa cucuk tu dia menangis. Lepas dia dah habis menangis tu terus nak keluar dari bilik sebab doktor beritahu dia ‘Experience is never nice here’ secara bergurau,” katanya.
Susulan video yang dikongsinya tular, Teera mengakui terhibur dengan beberapa komen netizen.
“Saya saja post dekat TikTok dan Instagram tapi tak sangka banyak pula jumlah orang yang tengok.
“Semua komen kelakar. Tapi paling tak boleh lupa ada yang cakap Noah macam tengah baca doa panjang. Dah boleh khatam satu al-Quran,” ujarnya secara berseloroh.
Masuk bilik doktor, budak umur setahun terus tercegat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tommy Thomas , jika benar ada kes salah laku kenapa kritik Zahid arah siasat?
- “Pemikiran politik harus berubah” – Prof Dr Siva
- “Kalah media sosial kita akan kalah pilihan raya” – Isham Jalil