Resepi Kuih Kacang

Resepi Kuih Kacang
Resepi Kuih Kacang

 

Resepi Kuih Kacang, Resepi Kuih Raya yang menjadi tradisi dan kegemaran ramai di Hari Raya. Mudah disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan asas sahaja. Selamat Mencuba!

 

Bahan-bahan:

 



  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 cawan gula halus
  • minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji kuning telur, untuk hiasan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah,gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  2. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat.
  3. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

 

Tip:

 



  • Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus.
  • Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

Resepi Kuah Kacang Pekat Dan Pedas

Resepi Kuih Kacang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button