Resepi Kek Tapak Kuda

 

Oleh – Editor


Kek Tapak Kuda

Ramai ke dah buat resepi kek tapak kuda? 

Bahan-bahan :-

4 Biji telur gred A / 5 biji B
1/2 cawan Gula castor
1/2 cawan Tepung naik sendiri
1 sdb Ovellete
3 sdk Susu tepung
1 sdk Esen vanilla
125 gram marjerin/butter (dicairkan)

CARA²
Pukul sampai gebu & kembang semua bahan kecuali butter cair. Dah gebu dan fluffy masukkan butter cair. Kaup balik sehingga sebati atau mix sekejap.

Asingkan 100g adunan dan masukkan 1sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.
Simpan sikit lebihan utk lorekkan bhgian atas.

Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing².
Dah siap bakar sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Potong dua bahagian ditengah. Dapat dua biji kek utk 1 adunan ni. Wrap dgn menggunakan plastik cyling wrap kemas².

Boleh letak filling kesukaan. Saya b0!kot nut3lla dan sy guna perisa brand delfi perisa chocolate hazelnut. Sedap. Boleh letak chiller sebelum potong utk elakkan filling terlalu meleleh.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker