Yang Mati Bukan Demokrasi UMNO Tapi Angan Angan Kluster Pengkhianat
Yang Mati Bukan Demokrasi UMNO Tapi Angan Angan Kluster Pengkhianat
Rumah siap tetapi pahat masih berbunyi.
Perumpamaan yang paling tepat untuk digambarkan atas sikap kluster pengkhianat UMNO yang masih meroyan dengan keputusan PAU 2022.
Dengan suara lantang mereka menuduh keputusan PAU 2022 untuk tidak mengadakan pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden sebagai tidak demokrasi.
Kononnya keputusan itu diatur oleh presiden UMNO yang takut untuk menghadapi persaingan dalam perebutan jawatan presiden UMNO.
Ada pula yang berjawatan naib presiden dan mantan perdana menteri membuat tuduhan kononnya keputusan itu tidak berpelembagaan dan boleh dicabar di ROS.
Bukankah PAU adalah badan tertinggi dalam membuat keputusan dan ianya tercatat di dalam perlembagaan UMNO?
Jadi perlembagaan parti mana yang Ismail Sabri rujuk?
Buanglah perangai buruk yang suka berpura-pura, pepat di luat tetapi rencong di dalam.
Ketika pengundian dilakukan sama-sama bangun menyokong, tetapi bila keluar dewan, tersengeh-sengeh cari wartawan dan buat kenyataan berlainan!!!
Itu bukan kali pertama beliau mempamerkan sifat sedemikian.
Bukankah itu sifat manusia munafik?
Tafsiran Sempit Kluster Pengkhianat
Penulis melihat sikap kluster pengkhianat yang mempunyai tafsiran yang sempit mengenai demmokrasi sebagai tindakan orang kecewa yang sudah terdesak.
Apakah mereka lupa, sebelum PAU 2022 bermula, seramai 140 dari 190 Ketua UMNO Bahagian sudah menyatakan pendirian agar tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO?
Bukankah suara Ketua UMNO Bahagian tersebut adalah suara akar umbi yang mereka wakili?
Dan bukankah suara 140 dari 190 Ketua UMNO Bahagian itu adalah suara majoriti akar umbi UMNO di seluruh negara?
Tidakkah mengangkat suara majoriti adalah prinsip yang paling asas dalam amalan sistem demokrasi?
Semasa pengundian dilakukan, tidak kurang dari 90% perwakilan bersetuju supaya tidak ada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO.
Apakah pada tafsiran sempit mereka, undi 90% perwakilan itu melanggar prinsip demokrasi yang diamalkan selama ini?
Adakah dengan mengangkat suara 10% perwakilan dan menafikan suara 90% perwakilan boleh dianggap sebagai amalan demokrasi tulin?
Kamus demokrasi mana yang mereka rujuk?
Amalan demokrasi mana yang mereka junjung?
Yang Mati Bukan Demokrasi UMNO Tapi Angan Angan Kluster Pengkhianat
Di Syorkan Untuk Anda:
- UMNO Mesti Serius Dalam Usaha Mendominasi Media Sosial Mulai Sekarang
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
- KJ Dakwa Tiada Pertandingan Untuk Presiden UMNO Kerja Gila, Siapa Yang Gila Sebenarnya