Duran setuju bersama Villa

London: Aston Villa mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang Colombia, Jhon Duran dari Chicago Fire dengan rundingan dilaporkan bernilai £18 juta (RM94.78 juta).

Villa dijangka membayar pendahuluan £14.75 juta (RM77.67 juta) dengan yuran dijangka meningkat berdasarkan penambahan klausa dalam kontraknya.

“Aston Villa mengesahkan persetujuan dicapai bersama Chicago Fire untuk perpindahan kekal penyerang berusia 19 tahun, Jhon Duran,” umum kenyataan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.



“Rundingan itu bergantung kepada pemain itu melepasi ujian perubatan, setuju dengan terma peribadi dan mendapat visa kerja bersesuaian.”

Duran menjaringkan lapan gol dan melakukan lima bantuan jaringan dalam 27 penampilan bersama Chicago pada kempen MLS musim lalu.

Pemain remaja itu yang sudah tiga kali membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Colombia akan menjadi pemain kedua menyertai Villa pada sesi perpindahan Januari selepas kehadiran pemain pertahanan Real Betis, Alex Moreno.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button