Penyerang hidup untuk jaring gol – Weghorst

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 15: (EXCLUSIVE COVERAGE) Wout Weghorst of Manchester United in action during a first team training session at Carrington Training Ground on January 15, 2023 in Manchester, England. (Photo by Ash Donelon/Manchester United via Getty Images)

London: Wout Weghorst berkata, ada sesuatu mahu dibuktikannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menyertai Manchester United hingga hujung musim ini.

Penyerang Belanda itu berlatih dengan pasukan baharunya buat kali pertama, semalam, dan boleh membuat penampilan sulung bersama skuad kendalian Erik ten Hag dalam pertembungan dengan Crystal Palace di Selhurst Park, awal pagi Khamis ini.

Weghorst dipinjamkan ke Besiktas dari Burnley, tetapi kelab Turkiye itu menerima bayaran pampasan bagi menamatkan kontrak supaya pemain berusia 30 tahun itu dapat menghabiskan separuh kedua musim di Old Trafford.



Weghorst melalui musim mengecewakan di Burnley selepas berpindah ke Turf Moor dari Wolfsburg setahun lalu, menjaringkan hanya dua gol dalam 20 aksi dan Clarets tersingkir daripada EPL.

“Ia tidak tamat di situ. Ia tidak berlaku pada kali pertama seperti yang saya harapkan dan saya tidak sabar untuk menunjukkan kemampuan sebenar bagi membantu pasukan.

“Sudah tentu, saya mahu menjaringkan gol di sini. Saya penyerang dan rasa semua penyerang tahu – anda hidup untuk menjaringkan gol.

“Itulah perkara yang kami lakukan sepanjang minggu dan untuk melakukannya pada hujung minggu. Itu adalah sesuatu yang saya mahu lakukan di sini. Bagi saya sebagai penyerang, pada penghujungnya adalah semuanya mengenai gol.”



Weghorst berada di tempat duduk penonton bersama keluarganya di Old Trafford ketika United bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Manchester City 2-1, Sabtu lalu.

Ia adalah kemenangan kesembilan berturut-turut United dan hanya satu mata di belakang Manchester City dalam kedudukan liga.

“Sudah tentu, kami berada di landasan terbaik setakat ini,” kata Weghorst.



“Beberapa minggu sebelum ini, sebenarnya sebulan, ada sesuatu yang amat positif di sini dan saya hanya mahu menyumbang dan memberikan yang terbaik buat kelab.

“Saya akan cuba menjadi sebahagian daripada perjalanan berjaya yang akan kami lalui.”

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button