Selepas Nazlan, kini, Gopal Sri Ram pula terdedah

Gopal Sri Ram

Selepas Mohd Nazlan Ghazali didedahkan menerima sejumlah wang, kini Gopal Sri Ram pula didakwa menerima wang dari 1MDB.

Nazlan, yang didedahkan menerima ‘bayaran perkhidmatan’ dari Jho Low.



Beliau kini diragui tahap intergritinya apabila beliau antara yang terlibat dalam penubuhan SRC.

Raja Petra mendakwa Nazlan menerima lebih dari RM1 juta dari ahli perniagaan kontroversi tersebut.

Pendedahan berkait Gopal Sri Ram dilakukan Raja Petra Kamarudin menerusi satu artikel di Malaysia Today

Raja Petra mempersoalkan mengapa Gopal tidak didakwa menerima wang daripada 1MDB sedangkan 2 orang peguam diheret ke Mahkamah kerana menerima wang bayaran perkhidmatan guaman kes 1MDB.



Gopal dikatakan menerima sejumlah bayaran ketika mewakili Konsortium Semarak bagi kes dana 1MDB pada 2013. 

Pada tahun yang sama, Shafee Abdullah (Peguam Najib Razak) dikenakan 2 tuduhan menerima wang melalui 2 cek pembayaran khidmat guaman dari Najib.

Hafarizam Harun (Peguam UMNO) pula didakwa dengan 3 pendakwaan kerana menerima 3 bayaran khidmat guaman dari Najib.



Menariknya, Gopal Sri Ram, yang mewakili Konsortium Semarak tidak pula dikenakan apa-apa pendakwaan berkait dana 1MDB.

Apa perbezaan antara Shafee, Hafarizam dan Gopal jika mereka menerima bayaran khidmat guaman dari dana 1MDB?

Mungkin pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memberi penjelasan perbezaan dakwaan antara ketiga mereka.



Intergriti Nazlan kini menjadi “National Embarrassment”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button