Gaji baharu Hamilton £62 juta setahun

London: Jaguh Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dilaporkan mendapat tawaran kontrak lanjutan bernilai £62 juta (RM330 juta) setahun daripada pasukannya Mercedes semalam.

Kontraknya sekarang tamat penghujung musim 2023. Namun difahamkan kontrak baharunya tidak termasuk bonus £22 juta (RM117 juta) jika muncul juara dunia seperti dalam perjanjian sedia ada.

Sebaliknya media Perancis, 20 Minutes berkata, Hamilton, 38, ditawarkan kontrak dua tahun bernilai £62 juta (RM330 juta) setahun berbanding perjanjian sekarang £40 juta (RM212.97) juta setahun.



Walaupun kehilangan bonus £22 juta (RM117 juta) jika muncul juara dunia kelapan, Hamilton bakal mendapat kenaikan gaji yang lebih lumayan.

Perjanjian itu turut dilapor memasukkan peranan Hamilton sebagai duta selama 10 tahun selepas bersara dengan bayaran £22 juta (RM117 juta) setahun.

Penaja Mercedes, Ineos yang dibiayai Sir Jim Ratcliffe akan membayar 90 peratus daripada kontrak itu.



Hamilton masih belum menandatangani kontrak baharu dengan Mercedes tetapi ketua Merc, Toto Wolff tetap tenang dengan situasi itu.

Wolff, 51, berkata mereka yakin dan hanya menunggu masa untuk Hamilton terus kekal bersama Mercedes.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button