Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman



Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman

Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman

Rasulullah SAW pernah bersabda:

الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ، اثْنَانِ فِي النَّارِ، وَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ: رَجُلٌ عَلِمَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ فَهُوَ فِي الْجَنَّةِ، وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ، وَرَجُلٌ جَارَ فِي الْحُكْمِ فَهُوَ فِي النَّارِ

Mafhumnya:



“Hakim-hakim itu terbahagi kepada tiga”.

“Dua di neraka dan satu di surga”.

“Seorang hakim yang mengetahui kebenaran, lalu dia memutuskan hukum dengan kebenaran, maka dia di surga”.

“Seseorang hakim  yang memutuskan hukum dengan kebodohan, maka dia di neraka”.



“Dan seorang hakim yang menyimpang di dalam keputusan, maka dia di neraka”.

HR. Ibnu Majah, no. 2315; Tirmizi, no. 1322; Abu Dawud, no. 3573

Manakala dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW juga bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللَّهَ مَعَ القَاضِي مَا لَمْ يَجُرْ، فَإِذَا جَارَ تَخَلَّى عَنْهُ وَلَزِمَهُ الشَّيْطَانُ



“Sesungguhnya Allâh bersama hakim selama dia tidak menyimpang, jika dia menyimpang Allâh meninggalkannya, dan syaitan pun menemaninya”.

HR. Tirmizi, no. 1330. Dihasankan oleh Syaikh Albani

Bidang kehakiman adalah antara profesion manusia yang disebut dan diberi peringatan serta amaran oleh Allah SWT melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Mengapa?



Kerana ianya bersangkutan dengan keadilan, aspek yang sangat penting dalam kehidupan makhluk ciptaan Allah SWT.

Manusia, jin dan haiwan bukan sahaja akan melalui proses keadilan di dunia, tetapi ianya juga merupakan proses yang sangat penting di akhirat nanti.

Penulis terkejut apabila mendapat berita seorang hakim yang berada di bawah kelayakan telah dilantik sebagai panel 5 hakim di dalam prosiding semakan kehakiman kes SRC.

Dan ianya tercatat dengan jelas di dalam Perlembagaan Malaysia.

Mengikut Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1964, komposisi Hakim Mahkamah Persekutuan mesti terdiri daripada semua Hakim Mahkamah Persekutuan.

Kredibiliti 7 Hakim Mahkamah Persekutuan Tidak Di Yakini?

Tetapi bantahan yang dibuat oleh barisan peguambela DS Najib telah ditolak dengan menggunakan alasan Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 122(2) menyebut:

“Seseorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan”.

“Jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian”.

“Dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Ketua Hakim Negara”.

Tetapi persoalannya adalah Mahkamah Persekutuan mempunyai 7 orang hakim yang lebih layak untuk dijadikan panel hakim semakan perbicaraan kes SRC.

Mengapa tidak dilantik salah seorang dari mereka itu?

Atas pertimbangan apa perlantikan itu mempunyai kaitan dengan keadilan mengkehendaki yang sedemikian?

Adakah kredibiliti 7 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang tidak dilantik itu tidak diyakini?

Atau mungkinkah keadilan di Malaysia ini hanyalah sekadar fantasi dan bukan realiti?

 

Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker