Perdana Menteri Dedahkan Berlaku Ketirisan Perbelanjaan Kementerian Pertahanan, Nama Siapa Yang Bakal Naik

Perdana Menteri Dedahkan Berlaku Ketirisan Perbelanjaan Kementerian Pertahanan, Nama Siapa Yang Bakal Naik

Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan mengesahkan selama 2 bulan Kerajaan Perpaduan berkuasa, beberapa ketirisan telah dapat dikesan di Kementerian Pertahanan.

Anwar Ibrahim berkata, sekiranya tidak ada campurtangan pemimpin politik, sebanyak RM2 bilion hingga RM4 bilion boleh diselamatkan.



“Perolehan peralatan tentera, ini diserahkan kepada yang berupaya, ini boleh dikurangkan (pembaziran)”.

“Kita mengalami kebocoran yang tinggi dalam dua bulan bertugas”.

“Saya boleh mengenal pasti RM3 bilion hingga 4 bilion boleh jimatkan,” katanya.

“Sama ada berkaitan udara laut, darat, mereka dipertanggungjawabkan mengusulkan jenis barangan yang terbaik”.



“Kita runding dan tanpa campur tangan daripada politik atau kepentingan peniaga,” tegas beliau.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/17/perolehan-aset-tentera-perlu-lebih-profesional-dapat-jimat-hingga-rm4-bilion-kata-pm/

Sebelum ini sudah Kerajaan Perpaduan sudah membongkarkan beberapa ketirisan dan salah guna kuasa pentadbiran terdahulu.



Antaranya penjualan kepentingan Telekom Bhd di dalam Menara KL, perbelanjaan RM92.5 bilion semasa perintah darurat.

Berikutan dari penemuan itu, beberapa orang pemimpin dari Perikatan Nasional dan menteri di era Muhyiddin Yasin telah dipanggil oleh SPRM.

Dalam pendedahan terbaru ini, siapakah pula yang akan dipanggil oleh SPRM?

Rakyat sudah pasti mengharapkan supaya kali ini kerajaan dan pihak berkuasa membuat siasatan yang telus dan mengambil tindakan yang tegas.



Tidak seorang pun dari mereka yang merompak duit negara boleh dibiarkan bebas, walau apa pun kedudukan mereka di dalam pentadbiran terdahulu.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button