Ibu tekup muka anak sehingga mati didakwa di mahkamah hari ini

SEPANG: Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan membunuh anak kandungnya yang berusia satu tahun enam bulan, Ahad lalu.

Suspek berusia 20 tahun itu tiba di Mahkamah Sesyen pada 8.55 pagi, memakai baju lokap bewarna ungu dan diiringi anggota polis.

Semalam, media melaporkan suspek tertekan dengan suaminya yang juga seorang penggangur dan dalam proses penceraian.



Suspek yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta disyaki membunuh anaknya dengan menekup muka kanak-kanak berkenaan pada 12 Januari lalu di sebuah kondominium ketika berada di inap desa di Cyberjaya bersama kekasihnya berusia 21 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, kanak-kanak itu mengalami pendarahan di kedua-dua belah anak mata berkemungkinan disebabkan penderaan terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Berita kematian kanak-kanak itu dimaklumkan oleh pegawai perubatan Hospital Cyberjaya pada Ahad lalu 8 pagi.

Wanita ini dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button