9 kedai dikendali ‘Bangla’ di Berjaya Times Square diarah tutup
9 kedai dikendali ‘Bangla’ di Berjaya Times Square diarah tutup

KUALA LUMPUR: Sembilan premis dikendalikan peniaga warga asing di pusat beli-belah Berjaya Times Square di Jalan Imbi, di sini, diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.
Tindakan itu diambil susulan operasi khas dijalankan DBKL di pusat beli-belah terbabit yang bermula lewat petang dan berakhir 9.30 malam.
DBKL melalui kenyataan berkata, serbuan dilakukan serentak ke atas 10 premis perniagaan hasil risikan lebih seminggu dilakukan pihaknya.
“Semua 10 premis itu membabitkan kedai menjual barangan am membabitkan pakaian, tekstil, beg, aksesori telefon serta restoran yang dikendalikan warga Bangladesh.
“Hasil pemeriksaan, DBKL mengambil tindakan penutupan serta-merta terhadap sembilan daripada 10 premis terbabit mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya melalui Facebook, hari ini.
DBKL memaklumkan, pihaknya turut mengeluarkan 10 notis kompaun terhadap premis berkenaan menerusi Undang-Undang Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.
Ia membabitkan enam notis Tiada Lesen Perniagaan, tiga notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran dan satu notis kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Langgar Syarat Lesen.
“DBKL akan meneruskan pemantauan dan risikan berterusan di semua lokasi tumpuan membabitkan aktiviti perniagaan yang dikendalikan warga asing,” katanya.
9 kedai dikendali ‘Bangla’ di Berjaya Times Square diarah tutup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
- Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
- Anwar Ibrahim masih melankolik, retorik politik
- Anwar Ibrahim harus henti bicara tentang rasuah jika Kes Zeti dan Nazlan pun tidak mampu buka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :