Dilemma PAS Kelantan, konflik dalaman melanda?

Oleh – Bakhtiar Omar


Dilemma PAS Kelantan, konflik dalaman melanda?

Menjelang Pilihanraya Negeri (PRN), PAS Kelantan dikatakan sedang dilanda konflik dalaman hingga menimbulkan dilemma di kalangan penyokong mereka sendiri.



Bibit perpecahan sokongan dikatakan sedang berlaku dalam PAS Kelantan itu sendiri.

Ada kalangan penyokong kuat PAS mahu mengekalkan legasi Allahyarham Tan Sri Nik Aziz, manakala sebahagian lagi enggan membenarkan perkara tersebut berlaku. Lebih menariknya, sudah ada kedengaran akan berlaku penolakan terhadap seorang yang berjawatan tinggi di PAS Kelantan itu sendiri.

Ia berikutan ‘keceluparan’ yang semakin melampau dan provokasi terhadap rakyat Kelantan itu sendiri.

Semasa PRU15, legasi Nik Aziz langsung tidak dicalonkan di mana-mana kerusi di Kelantan dan ini agak menghiris perasaan penyokong serta pendukung yang masih mahukan pewaris Nik Aziz sekurangnya memenangi satu kerusi di Parlimen.



Bagaimanapun, hasrat itu tidak tercapai apabila PAS Kelantan tidak menyenaraikan waris Nik Aziz sebagai calon PRU15.

Ini menyebabkan penyokong legasi Nik Aziz mula bermain persepsi PAS Kelantan memang mahu menutup ruang kepada mana-mana legasi Allahyarham.

Tidak mustahil perkara tersebut memang berlaku kerana menilai cara pemikiran antara Allahyarham Nik Aziz dan Haji Hadi sangat berbeza sama sekali.

Malah, pemikiran Nik Abduh juga agak berbeza dengan pemimpin PAS masa kini. PAS yang dilihat semakin rakus untuk berkuasa tidak lagi mempedulikan cara untuk mencapai kuasa.



Lebih menariknya, ada pemimpin PAS mula menggunakan ayat-ayat Quran sebagai asas untuk ‘menghalalkan’ apa yang mereka mahu lakukan. Ini memang cara PAS agar matlamat mereka tercapai dan prinsip ‘menghalalkan’ perlakuan hanya terpakai kepada PAS dan sekutu politiknya sahaja.

45 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan akan ditandingi pada PRN kali ini. Jangkaan apabila berlaku konflik dalaman PAS Kelantan, penguasaan PAS Kelantan akan menjunam teruk di tambah lagi dengan krisis bekalan air yang semakin teruk.

Walaupun ada pemimpin PAS Kelantan cuba mengalihkan perhatian serta menyalahkan Kerajaan Persekutuan, ternyata semua itu hanya dongengan untuk ‘menyucikan’ PAS.

Kerajaan Kelantan dijangka menerima peruntukan awal berjumlah RM1.7 bilion daripada kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi di negeri itu sejak berpuluh tahun lalu. Sebelum ini kita minta sebanyak RM8 bilion tetapi Perdana Menteri kata perlu diperhalus. Insya-Allah kalau ini diluluskan kita akan dapat RM1.7 bilion pada peringkat awal. – Nik Amar Nik Abdullah – 15/6/2023



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading