Pereka AS hasilkan anting-anting unik berbentuk candelier

Pereka AS hasilkan anting-anting unik berbentuk candelier

Pereka AS hasilkan anting-anting unik berbentuk candelier
ANTING-anting unik berbentuk candelier rekaan Diana Caldarescu yang menarik perhatian ramai.-AGENSI
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA

 

NEW YORK: Seorang pereka fesyen dari New York berjaya menghasilkan sepasang anting-anting unik berbentuk candelier yang bercahaya seperti lampu sebenar.

Lapor Oddity Central, rekaan istimewa artis muda, Diana Caldarescu itu memperlihatkan candelier kecil seakan tergantung pada cuping telinga si pemakai sekali gus mencipta gaya yang luar biasa.



Caldarescu mencipta anting-anting itu daripada loyang, perak sterling, emas 14 karat dan kristal kaca serta menambahkan lampu diod pemancar cahaya (LED) yang digubah seperti lilin yang sedang menyala.

Lampu LED tersebut boleh dinyalakan menggunakan kuasa  bateri kecil yang tersembunyi di belakang telinga pemakai.

“Saya sering berpakaian gaya vintaj apabila menonton filem lama di pelbagai panggung wayang di sekitar bandar dan pengalaman inilah yang memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta anting-anting candelier yang menakjubkan ini.

“Bateri kecil yang dipasang memastikan lampu menyala dan berita baiknya ialah bateri ini boleh diganti, jadi anda hanya perlu menukar bateri yang baharu dan terus mencuri perhatian ramai,” jelas Caldarescu.



Pelajar lulusan Kolej Teknikal Perdagangan Los Angeles itu kini dilaporkan mempunyai perniagaan membuat barang kemas dan perhiasan yang dijalankan secara dalam talian.

Koleksi anting-anting berbentuk candelier itu dijual pada harga sekitar AS$158 (RM677) sepasang, namun, kebanyakannya sudah habis dijual.

Caldarescu turut menawarkan waranti selama satu tahun tetapi  akan memastikan anting-antingnya kekal bercahaya dan berfungsi dengan baik walaupun selepas tempoh itu.

Indonesia bakal jadi negara pengeluar bateri litium ketiga terbesar dunia



Pereka AS hasilkan anting-anting unik berbentuk candelier


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button