Buku perpustakaan dipulangkan selepas 56 tahun

Buku perpustakaan dipulangkan selepas 56 tahun

Buku perpustakaan dipulangkan selepas 56 tahun
LESLEY Harrison menyimpan buku perpustakaan dalam keadaan baik selama 56 tahun. – AGENSI

LONDON: Seorang wanita warga emas yang pernah meminjam sebuah buku dari perpustakaan awam ketika hanya berusia 14 tahun, kini memulangkan semula bahan bacaan itu selepas 56 tahun.

Majlis Perbandaran Tyneside Utara di England memaklumkan Lesley Harrison, 70, meminjam buku bahasa Jerman bertajuk Ich Lerne Deutsch dari Perpustakaan Whitley Bay pada April 1966.

Menurut Lesley, dia ketika itu hanya berusia 14 tahun dan merupakan pelajar dari Whitley Bay Grammar School.



“Saya fikir tidak akan mampu membayar denda lewat pemulangan buku itu, jadi saya menyimpannya dalam laci.

“Malah, saya sentiasa membawa buku itu bersama saya ketika setiap kali berpindah rumah,” katanya.

Jelas Lesley, dia memutuskan untuk memulangkan semula buku itu setelah mendapat tahu majlis tempatan memansuhkan bayaran denda lewat yang dikenakan ke atas peminjam buku perpustakaan.

Katanya, dia kemudian menyerahkan buku tersebut kepada pengurusan Perpustakaan Killingworth.



Sementara itu, Kaunselor Sandra Graham berkata, buku dipinjam oleh Lesley adalah yang paling tertunggak ketika ini dan akan dipulangkan ke perpustakaan awam berkenaan.

Graham yang juga anggota Kabinet Tyneside Utara bertanggungjawab menguruskan perpustakaan awam berkata, buku dipulangkan oleh Lesley berada dalam keadaan baik.

“Kami membuat pengiraan kasar mengenai bayaran denda lewat yang mungkin ditanggung buku tertunggak 56 tahun itu dan didapati ia mencecah lebih 2,000 Pound (RM10,403).

“Buku itu dalam keadaan baik dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lesley kerana memulangkannya,” katanya. – AGENSI



Polis rampas kenderaan rasmi Norhizam

Buku perpustakaan dipulangkan selepas 56 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading