Itali terpaksa belanja RM14.7 juta atasi ancaman ketam biru

Itali terpaksa belanja RM14.7 juta atasi ancaman ketam biru

Itali terpaksa belanja RM14.7 juta atasi ancaman ketam biru

Ketam biru di pantai Porto Tolle, Itali. Foto ReutersRom: Gara-gara diancam pencerobohan agresif dan serangan ketam biru, Itali akan membelanjakan €2.9 juta (kira-kira RM14.7 juta) untuk menangani ancaman berkenaan yang berpotensi menjejaskan peranan negara sebagai satu daripada pengeluar kerang terkemuka dunia.

Sky News melaporkan, ketam biru yang berasal dari Atlantik barat itu sudah merebak di beberapa lokasi seperti laguna di Itali, ‘menyerang’ kerang tempatan, ikan dan hidupan akuatik yang lain.

Ladang akuakultur kerang di delta lembah sungai Po di utara Itali sudah terjejas teruk, dengan ahli biologi marin tempatan memberitahu Reuters bahawa ketam biru telah memakan sehingga 90 peratus kerang muda, hampir menghapuskan pengeluaran masa depan.



Pakar berkata tidak jelas mengapa ketam biru kini membiak dengan kelajuan sedemikian tetapi mungkin ada kaitan dengan perubahan iklim.

Menteri pertanian Itali, Francesco Lollobrigida, melawat delta di sungai Po pada Sabtu dan berkata kerajaan akan meluluskan pembiayaan kecemasan.

Sejumlah €2.9 juta (kira-kira RM14.7 juta) diperuntukkan kepada koperasi perikanan dan penternak akuakultur yang cuba mengekang bilangan ketam biru dengan kempen memancing ketam itu turut diadakan secara besar-besaran.

Nelayan di kawasan terjejas sudah dinasihatkan untuk menangkap sebanyak mungkin ketam biru untuk mengurangkan jumlahnya.



Itali terpaksa belanja RM14.7 juta atasi ancaman ketam biru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button