Jenazah anak sulung, anak ketiga dikebumi satu liang

Jenazah anak sulung, anak ketiga dikebumi satu liang

Jenazah anak sulung, anak ketiga dikebumi satu liang
Jenazah Muhammad Zharfan dan Muhammad Syakir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Layang-Layang, Kluang. – BERNAMA

KLUANG: Jenazah dua beradik lelaki, antara enam yang maut dalam kemalangan di Kilometer 71 Jalan Batu Pahat-Mersing di Kahang, dekat sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Layang-Layang, di sini, pagi tadi.

Jenazah Muhammad Zharfan Noramin, 16, dan adiknya, Muhammad Syakir, 11, dikebumikan dalam satu liang sekitar jam 10.40 pagi.

Terdahulu, jenazah dua beradik itu dibawa ke Masjid Kampung Paya di sini untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan kira-kira satu kilometer dari masjid untuk disemadikan.



Bapa mereka, Noramin Daud kelihatan masih sugul, menangis dan tidak bermaya tatkala jenazah anak sulung dan anak ketiganya selamat dikebumikan.

Turut meninggal dunia dalam nahas semalam adalah dua lagi adik-beradik, iaitu Siti Nurzannah Kahdar, 26, dan Masrina, 21. Dua lagi mangsa adalah Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22, dan Mohd Ashraf Rafiq Mohd Arifin, 11.

Keenam-enam mangsa terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta, Perodua Myvi dan Honda Stream, kira-kira jam 4.40 petang.

Perodua Myvi membawa lapan orang dipercayai dalam perjalanan dari Kluang ke Kahang untuk berkelah di Pantai Air Papan, Mersing, sebelum kereta hilang kawalan dan bertembung Honda Stream.



Pemandu dan penumpang Honda Stream yang juga pasangan suami isteri, Zulkeflly Zakariah, 53, dan Kamariah Yusof, 48, serta anak mereka, Ariana Nur Batrisyah Zulkeflly, 13, cedera. – BERNAMA

Jenazah anak sulung, anak ketiga dikebumi satu liang
Ana Sualman (tengah) bersama ahli keluarga sebak melihat pengebumian dua anak lelakinya, Muhammad Zharfan Noramin,16, dan Muhammad Syakir Noramin,11, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Layang-Layang, Kluang, hari ini. – BERNAMA

 

Bergurau Nak Jadi Mayat, Tertimbus Tanah Dalam Liang



Jenazah anak sulung, anak ketiga dikebumi satu liang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button