Buli bukan punca letak jawatan – Jacinda Ardern

Buli bukan punca letak jawatan – Jacinda Ardern

Buli bukan punca letak jawatan – Jacinda Ardern
JACINDA Ardern melawat penempatan Maori Ratana di Pulau Utara. – AGENSI

WELLINGTON: Jacinda Ardern menafikan serangan buli dalam talian bukan menjadi punca peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri New Zealand pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Jacinda melahirkan rasa syukur sepanjang tempoh memimpin negara.

Khamis lalu, Ardern memaklumkan beliau `tidak lagi bertenaga’ meneruskan tugas diamanahkan dengan sempurna selepas lima tahun menempuh pelbagai cabaran ketika memimpin negara menghadapi bencana alam, serangan pengganas terburuk dan pandemik Covid-19.



Peletakan jawatan Ardern mencetuskan perdebatan mengenai kritikan dihadapi oleh pemimpin wanita terutamanya di media sosial.

Sebelum ini, Chris Hipkins yang juga Perdana Menteri yang baharu dilantik, menyatakan Ardern berhadapan dengan `penderaan yang amat menyakitkan’ semasa memimpin negara.

Ardern bagaimanapun tidak menggambarkan beliau berhadapan situasi seperti didakwa.

Ketika membuat penampilan umum terakhirnya sebagai perdana menteri semasa melawat penempatan Maori Ratana di Pulau Utara, Ardern menegaskan tidak gemar melihat peletakan jawatannya sebagai `pandangan negatif terhadap New Zealand’



“Saya meninggalkan jawatan ini dengan rasa bersyukur kerana berpeluang memegang peranan hebat ini selama bertahun-tahun,” katanya.

Populariti kerajaan Parti Buruh dibawah kepimpinan Ardern merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dihambat oleh kemelesetan yang semakin buruk dan pembangkang konservatif yang bangkit semula.

Hipkins menyifatkan situasi itu ibarat `pahit manis’ untuk menggantikan rakannya yang dikenalinya selama 20 tahun.

“Saya sangat berbesar hati untuk memegang jawatan itu, tetapi Jacinda juga merupakan kawan baik saya,” katanya.



Sementara itu, Ardern memaklumkan akan berundur daripada politik dan menawarkan beberapa nasihat untuk Hipkins.

“Nasihat paling penting yang boleh diberikan kepada beliau adalah `anda perlu menjadi diri sendiri’,” katanya. -AFP

PM New Zealand, Jacinda Ardern letak jawatan bulan depan



Buli bukan punca letak jawatan – Jacinda Ardern


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button