Definasi Setiakawan Bagi MCA Dan MIC

Definasi Setiakawan Bagi MCA Dan MIC

Definasi Setiakawan Bagi MCA Dan MIC

Sebaik sahaja memenangi PRU 14 pada Mei 2018, Pakatan Harapan yang ketika itu diterajui oleh Dr Mahathir pantas melakukan pendakwaan terpilih ke atas pemimpin UMNO.

Pada tahun yang sama, mantan perdana menteri dan timbalan perdana menteri, DS Najib dan DS Zahid dihadapkan ke mahkamah.



Rakyat boleh menerima tindakan itu sekiranya kedua-dua mereka sememangnya melakukan kesalahan dan perbicaraan dilakukan dengan adil.

Tetapi selepas 4 tahun perbicaraan, DS Najib tetap juga disabitkan dengan kesalahan walaun pun terdapat pelbagai kepincangan dalam perbicaraan.

Tertuduh utama sehingga ke hari ini tidak dapat dikesan, individu yang menguruskan akaun DS Najib masih lagi bebas.

Malah segala bukti baharu yang mempersoalkan kredibiliti hakim perbicaraan dan sumber sebenar duit tersebut ditolak dengan mentah-mentah.



Paling memusykilkan apabila hujah penghakiman dan keputusan di peringkat Mahkamah Persekutuan tular di media sosial sebelum prosiding rayuan berakhir.

Begitu juga dengan DS Zahid.

Pemimpin yang berada di senari teratas di dalam kertas siasatan tidak didakwa, malah langsung tidak disiasat oleh SPRM.

Dalam perbicaraan mahkamah pula terdedah, individu yang dikatakan memberikan duit suapan tidak dapat dikenal pasti!!!



Malah dalam beberapa nama yang didedahkan oleh saksi pendakwaan turut menerima duit langsung tidak disiasat apa lagi didakwa.

Penulis tidak mahu mengulas mengenai proses ‘keadilan’ dalam kes berprofil tinggi tersebut.

‘Setiakawan’ MCA Dan MIC Hanya Di Waktu Senang, Bila Susah, Tanggunglah Seorang

Apa yang mahu penulis ulas ialah sikap pemimpin parti komponen yang berada di dalam Barisan Nasional, terutamanya MCA dan MIC.

Dari semakan penulis, sejak Mei 2018, tidak ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kedua-dua parti tersebut.



Kononnya tidak mahu campurtangan dalam urusan mahkamah demi menghormati pricip pengasingan kuasa.

Tetapi benarkah begitu?

Sekiranya marhaen boleh menghidu sesuatu yang janggal di dalam perbicaraan, apakah pemimpin yang pernah berada dalam kabinet tidak mengetahuinya?

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bersetuju adanya salah guna kuasa ke atas mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.



Malah pihak berkuasa yang melakukan bersetuju dengan dapatan pasukan petugas khas dalam skandal Tommy Thomas.

Di mana suara pemimpin MCA dan MIC?

Bukankah yang dizalimi itu adalah Pengerusi dan mantan Pemgerusi Barisan Nasional?

Lebih menyedihkan lagi apabila suara sumbang pemimpin MCA dan MIC mendesak supaya DS Zahid meletak jawatan sebagai Pengerusi BN selepas BN kalah dalam PRU 15.



Inilah yang dikatakan bersikap seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi.

Parti sendiri kalah dengan teruk dalam PRU 15, tetapi sangat bernafsu untuk menyalahkan orang lain.

Sangat jauh berbeza sikap pemimpin MCA dan MIC dengan sikap pemimpin parti komponen dalam gabungan politik parti yang lain.

Apabila Lim Guan Eng didakwa dalam kes rasuah, pemimpin PKR dan PAN bangkit mempertahankan beliau.

Begitu juga apabila Pengerusi PN dikatakan bertanggungjawab dalam ketirisan perbelanjaan RM92.5 bilion, pemimpin PAS dan Gerakan bangkit mempertahankan beliau.

Tetapi ‘sahabat’ kita MCA dan MIC mendesak supaya Pengerusi BN letak jawatan selepas kalah dalam PRU 15 dengan alasan beliau adalah liabiliti berikutan kes mahkamah beliau.

Di manakah nilai setiakawan MCA dan MIC, dan apakah masih perlu dikekalkan ‘sahabat’ yang tidak ada semangat setiakawan???

 

Definasi Setiakawan Bagi MCA Dan MIC

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button