Turkiye panggil Duta Belanda selepas insiden bakar al-Quran

Turkiye panggil Duta Belanda selepas insiden bakar al-Quran

Turkiye panggil Duta Belanda selepas insiden bakar al-Quran

ANKARA: Turkiye memanggil Duta besar Belanda ke Ankara, Joep Wijnands berikutan tindakan keji membakar al-Quran di hadapan bangunan Parlimen The Hague.

Perkara terkutuk itu dilakukan oleh pemimpin pergerakan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida) Belanda, Edwin Wagensveld Ahad lalu dan video aksi tersebut dimuat naik di laman Twitter.



“Duta Besar Belanda ke Ankara telah dipanggil ke Kementerian kami dan kami mengecam serta membantah tindakan keji dan tercela ini dan menuntut Belanda tidak membenarkan tindakan provokatif seperti itu.

“Perbuatan keji ini yang kali ini berlaku di Belanda selepas Sweden menghina nilai-nilai suci kita dan membentuk jenayah kebencian, adalah kenyataan yang jelas bahawa Islamofobia, diskriminasi dan xenofobia tidak mengenal sempadan di Eropah,” kata Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan yang dipetik portal Al Arabiya.

Pihak berkuasa dilaporkan memberinya kebenaran untuk melakukan perbuatan itu dengan syarat dia tidak membakar kitab suci umat Islam itu.

Bagaimanapun, video Wagensveld menunjukkan bahawa dia kemudian membakar muka surat al-Quran yang dikoyakkan.



Agong optimis pertingkat hubungan Malaysia-Turkiye

Turkiye panggil Duta Belanda selepas insiden bakar al-Quran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button