Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?

Oleh – Bakhtiar Omar


Ismail Sabri tidak berani lapor sendiri kepada RoS?

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri bertegas dengan kenyataan beliau pada 14 Januari 2023 bahawa ahli Umno mempunyai hak untuk merujuk usul dalam PAU2022 kepada RoS.

Apa yang dikesalkan ialah cara Ismail Sabri kini lebih menjurus kearah memecah-belah pemikiran ahli Umno tanpa menyatakan risiko kepada mereka yang melaporkan kepada RoS.

Mengapa Ismail sendiri tidak berani membuat laporan kepada RoS menggunakan kapasiti beliau sebagai Naib Presiden Umno sekiranya tidak berpuashati dengan usul tambahan?

Dalam PERKARA 7, TATA ETIKA AHLI UMNO menyatakan

7.1 – ahli parti dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara seakalipun dan/atau menyebarkan pernyataan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti termasuk keputusan didplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran parti.

7.2 – mana- mana ahli parti yang melanggar Perkara 7.1 Tataetika Ahli ini boleh dikenakan mana-mana satu hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno kerana menghina parti.

Contoh – (a) Ahli A mempertikaikan keputusan Majlis Tertinggi parti, ahli A disini melakukan perbuatan menghina parti.

(b) ahli A mempertikaikan dan membuat kenyataan akhbar tentang prosiding disiplin parti dengan menuduh keputusan tidak adil, ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah tempat rujukan terakhir untuk ahli UMNO mengesahkan keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, setiap ahli mempunyai locus standi iaitu kepentingan dalam parti apabila timbul masalah berkait dengan pendaftaran, kesahihan, mesyuarat dan sebagainya. – Ismail Sabri Yaakob – 22/1/2023

 

RUMAH SIAP, PAHAT BERBUNYI 

Ismail Sabri tidak berani lapor sendiri kepada RoS?

Mengapa Ismail bersikap demikian sedangkan hampir 2/3 perwakilan dalam Dewan Merdeka menyatakan sokongan kepada usul agar 2 jawatan tertinggi Umno tidak ditandingi?

Adakah beliau sendiri mahu bertanding jawatan tersebut tetapi disebabkan mahu melihat sejauh mana kekuatan ‘grass root’ yang menyokongnya menyebabkan Ismail berdiam diri dahulu?

Beliau sebenarnya perlu sedar, beliau tidak mempunyai sokongan yang cukup kuat walau pernah menjadi Perdana Menteri. Imej beliau selaku PM banyak dicalarkan oleh orang sekelilingnya sendiri malah menantunya juga menjadi bualan netizen.

Belum lagi kisah-kisah perjanjian beliau dengan Muhyiddin Yassin dan disaksikan Takiyuddin, Annuar Musa yang menyebabkan kekeliruan melanda ahli Umno.

Ismail Sabri hanya berbekalkan nasib bila dinamakan Umno sebagai calon Perdana Menteri Ke-9. Jika mengikut heirarki, Ismail berkedudukan ketiga dalam parti.

Sepatutnya Ismail tumpukan kepada pembangunan serta penyatuan parti serta memperkasakan parti. Beliau juga patut memerhatikan sekiranya ada kalangan orang bawahannya terpalit dengan skandal yang sedang disiasat SPRM.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker