Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk



Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk

Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk

PAS atau Parti Islam Se Malaysia mendakwa parti mereka adalah parti yang menegakkan hukum dan memperjuangkan Islam di Malaysia.

Pelbagai retorik politik mereka dendangkan sebagai dalil dan hujah yang kuat atas dakwaan tersebut.

Perjuangan menggubal Rang Undang Undang 355.



Untuk menunjukkan ‘iltizam’ mereka, hingga ke tahap bersumpah beramai-ramai dengan menggunakan nama Allah SWT di stadium.

Untuk menunjukkan betapa ‘tegasnya’ pemimpin PAS dalam perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud Allah SWT di bumi Malaysia.

Ironiknya, apabila berkuasa di peringkat negeri dan pusat.

Perjuangan hukum hudud terus menyepi dan pelbagai alasan diberi untuk ‘menghalalkan’ kebisuan pemimpin PAS.



Begitu juga dengan perjuangan untuk menghapuskan penjualan arak dan judi.

Salah seorang pemimpin kanan mereka pernah berkata:

“Bukan 5 tahun, tetapi berikan kami 5 hari, maka segala-galanya akan dapat diselesaikan”.

Sekali lagi ironiknya, Allah SWT berikan mereka kuasa di peringkat negeri dan pusat.



Maka pelbagai alasan dikeluarkan untuk menghalalkan ‘kebisuan’ mereka.

Hadi Awang, ‘Tuanguru Yang Di Angkat Ke Taraf Ulamak’ Oleh Penyokong Beliau

Hadi Awang pula adalah pemimpin PAS yang ‘diangkat’ oleh penyokong beliau sebagai tuanguru yang bertaraf ulamak.

Kata-kata beliau dianggap sebagai wahyu dan hujah beliau dianggap sebagai fatwa yang tidk boleh dibantah.

Setiap kali berlaku apa-apa serangan ke atas PAS, Hadi akan tampil dengan pelbagai dalil.



Yang kononnya bersandarkan Al Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Tanpa menyemak sama ada nas yang diberikan Hadi itu dikerat separuh atau taraf hadis yang dikeluarkan, penyokong beliau akan setia angguk-angguk tanpa geleng-geleng.

Tetapi akhirnya Allah SWT membuka hijab.

Manusia yang diangkat sebagai tuanguru bertaraf ulamak, akhirnya disyaki terlibat merasuah pengundi di parlimen beliau dalam PRU 15.

Sekiranya perkara keji tersebut berlaku di parlimen calon PPBM atau sekurang-kurangnya di parlimen calon PAS yang lain, kita boleh faham.

Tetapi ianya berlaku di parlimen ‘tuanguru bertaraf ulamak’ dengan bukti rakaman video yang tular.

Teringat penulis kepada apa yang pernah dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hambal atau Imam Hambali:

“Aku dipandang mulia oleh manusia kerana Allah SWT masih menutup hijab keaiban aku”…

 

Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker