Thailand bakal terima dua juta dos vaksin COVID-19 dihasilkan Sinovac

04/01/2021 04:01 PM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 4 Jan — Thailand yang ketika ini dilanda gelombang kedua wabak COVID-19, bakal menerima dua juta dos vaksin dibangunkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech Ltd bulan depan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Awam berkata penghantaran pertama – 200,000 dos dijangka tiba pada akhir Februari, 800,000 dos pada akhir Mac dan satu juta dos penghujung April.

Thailand sedang bergelut mengekang penularan gelombang baharu wabak yang mula dikesan di pasar makanan laut di wilayah Samut Sakhon pada pertengahan Disember. Sehingga kini, ia telah merebak ke Bangkok dan 52 wilayah lain.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker