Napoli tempang lawan Milan

Milan: Dua pasukan Itali, AC Milan dan Napoli bakal berentap dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini tetapi pertembungan itu lebih memeritkan bagi Luciano Spalletti selepas kehilangan kesemua tiga penyerangnya.

Victor Osimhen berusaha pulih daripada kecederaan dengan segera tetapi terpaksa melupakan saingan peringkat pertama di San Siro itu manakala Giovanni Simeone yang turut berdepan masalah sama turut tidak dapat beraksi.

Menurut laman web Napoli, kedua-dua pemain itu menjalani latihan sendirian ketika sesi latihan dan paling mengejutkan ialah penyerang ketiga di bahagian tengah, Giacomo Raspadori turut berlatih berasingan dan pengurus, Spaletti enggan menanggung risiko jika menurunkannya.



Jika dia tidak dapat bermain, Spalletti mungkin membariskan Hriving Lozano atau Eljif Elmas di bahagian serangan tengah dan tempoh beberapa hari ini amat penting untuk mengetahui keadaan Raspadori.

Sementara itu, pengendali Milan, Stefano Pioli pastinya membariskan semula kesebelasan utama selepas merehatkan beberapa tonggak ketika seri 0-0 dengan Empoli dalam aksi Serie A Sabtu lalu.

Milan gagal meraih tiga mata dalam perlawanan itu selepas tidak berupaya menembusi pertahanan lawan dan formasi itu dikritik penyokong mereka.

Namun untuk perlawanan menentang Napoli, beberapa tonggak seperti Simon Kjaer, Rade Krunic, Brahim Diaz, Rafael Leao dan Olivier Giroud dijangka kembali memperkuatkan cabaran Milan.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button