Korea Selatan mahu benam Malaysia di suku akhir

Korea Selatan mahu benam Malaysia di suku akhir

Korea Selatan mahu benam Malaysia di suku akhir
AKSI pemain Korea Selatan, Shin Heenseop ketika melakukan rejaman deras ke atas pemain Singapura di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur- GAMBAR – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw Korea Selatan tidak gentar dengan status yang dimiliki pasukan Malaysia apabila bercita-cita untuk menewaskan pasukan negara itu pada aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa pagi esok.

Pasukan Korea Selatan ketika ini meraih tonik terbaik dalam acara double apabila muncul sebagai naib juara Kumpulan D selepas mencatat kemenangan ke atas Singapura 15-12, 15-10 dalam tempoh 45 minit hari ini.

Pemain muda Korea Selatan, Shin Heenseop yakin bahawa Malaysia tidak akan berdepan masalah untuk mengatasi Brunei malam ini dan seterusnya mereka akan berjumpa Malaysia di suku akhir.



Kata Heenseop, mereka mempunyai misi cukup besar di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 itu apabila ingin melangkah ke pentas final tetapi sebelum itu mereka perlu menumbangkan Malaysia terlebih dahulu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh

Korea Selatan mahu benam Malaysia di suku akhir
AKSI pemain Korea Selatan ketika berdepan pasukan Singapura hari ini.

“Biarpun kalah kepada Thailand (10-15, 6-15) dalam perlawanan pertama, kami bangkit mempamerkan aksi terbaik untuk mengalahkan Singapura. Kemenangan ini melonjakan semangat ini kami.



“Appun, keyakinan kami untuk tewaskan Malaysia cukup tinggi, kami bermain secara berpasukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Malaysia juga tertekan kerana turun selaku tuan rumah.

“Selepas tewaskan Malaysia di suku akhir, kami akan berdepan Myanmar di separuh akhir dan mengulangi aksi peringkat kumpulan berdepan Thailand di Final dan kami akan cuba balas dendam untuk menang,” kata Heenseop yang membuat penampilan pertama bersama negaranya.

Korea Selatan mahu benam Malaysia di suku akhir
PEMAIN Korea Selatan bakal berdepan pasukan Malaysia esok.

Skuad double Malaysia akan berdepan Brunei yang dibimbing bekas jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad pada pukul 9.30 malam ini dalam perlawanan kedua Kumpulan A. Jika menang, Malaysia akan berdepan Korea Selatan pada pukul 10.30 pagi.

Berdasarkan prestasi semasa, gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin dijangka tidak berdepan masalah untuk membenam Brunei dan muncul juara Kumpulan A selepas menang perlawanan pertama ke atas Jepun semalam. -KOSMO!



Korea Selatan mahu benam Malaysia di suku akhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button