Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Rafizi buktikan beliau Menteri 'Cap Ayam Duduk'

Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli berjaya membuktikan beliau hanyalah sekadar seorang Menteri ‘Cap Ayam Duduk’. Ini berikutan kegagalannya mengawal kenaikan harga serta gagal menurunkan harga barangan yang menjadi permintaan rakyat.

Beliau yang sebelum ini memerli pemimpin dalam Perikatan Nasional dan menyifatkan mereka akan terduduk dalam tempoh sebulan kini terpaksa ‘menutup muka’.

“Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta.



Rafizi buktikan beliau Menteri 'Cap Ayam Duduk'

“Dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai semua akan terduduk. Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversial tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” – Rafizi Ramli – 26/12/2022

Sebelum ini, kenyataan Menteri Ekonomi bahawa pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini mencetuskan kritikan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi.

Mengharukan lagi keadaan, rungutan pengguna dan rakyat semakin hari semakin banyak mengenai kenaikan harga keperluan masih tidak dapat dijawap oleh Kementerian sepatutnya.

SAMPAI KE INDIA MENTERI CARI TELUR, RAFIZI MAIN ‘TELUR’?

Lihat sahaja harga telur dalam pasaran. Selaku makanan marhein adalah dikhuatiri isu kekurangan serta harga telur ayam yang melambung boleh menyebabkan keruntuhan sebuah kerajaan.

Rafizi hari ini seperti kehilangan bukan sahaja kuku, malah taringnya juga semakin tumpul. Jika dahulu di atas pentas Rafizi mampu memberikan pelbagai formula, kini tidak lagi.



Jelas sekali, adalah satu kerugian buat Anwar Ibrahim bila meletakkan Rafizi di posisi yang salah dan kementerian yang salah.

Orang tua pernah berpesan “Dengar guruh di langit, air tempayan di curah jangan”, Rafizi juga perlu belajar merendah diri dan bergaul dengan rakyat dalam ertikata sebenar.

Bukan hanya sekadar bercakap di atas pentas politik dan mencari populariti serta keuntungan dalam berpolitik.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker