Afrika Selatan hukum Speedy Tigers

Rourkela: Skuad hoki negara seakan hilang taring menentang juara Piala Negara-Negara, Afrika Selatan apabila mereka tumpas 3-6 di Stadium Birsa Munda sebentar tadi dalam perlawanan klasifikasi kesembilan hingga 16.

Tiada kata yang boleh menggambarkan perlawanan hari ini, selepas banyak kesilapan berlaku terutama melalui ketua pasukan, Marhan Jalil pada dua suku pertama.

Afrika Selatan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama hasil serangan balas pantas dalam aksi panas terik di Rourkela dan Malaysia terpaksa melakukan kebangkitan pada baki saingan.



Bradley Sherwood membuka jaringan menerusi gol padang pada minit kesembilan, sebelum Guy Morgan menambah lagi gol minit ke-17.

Afrika Selatan menambah gol ketiga pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti Nqubile Ntuli dan Malaysia menamatkan aksi separuh masa pertama dengan cuba bangkit pada separuh masa ketiga.

Selepas aksi bersambung Malaysia akhirnya memperoleh jaringan pada minit ke-35 menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim.



Bagaimanapun, Afrika Selatan menambah gol keempat menerusi jaringan padang Keenan Horne pada minit ke-43 dan disusuli gol penalti stroke, Mustaphaa Cassiem seminit kemudian.

Razie berjaya menambah gol kedua pada minit ke-45 menerusi penalti stroke sebelum Sherwood menambah gol keduanya pada minit ke-57, diikuti gol ketiga Malaysia melalui Firhan Ashari.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi ke-13 hingga 16, manakala Afrika Selatan bakal berdepan pemenang antara Jepun atau India.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button