Siti Nurhaliza Gugur Air Mata [VIDEO] 

Kongsi Kisah Baju Raya Untuk Anak-Anak Gaz4 , ‘Allah Bagi Peluang Saya & Suami Bantu Mereka’

Siti Nurhaliza Gugur Air Mata [VIDEO] 

Siti Nurhaliza Gugur Air Mata [VIDEO] 

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitiskan air mata ketika berkongsi tentang sumbanganya kepada rakyat Palestin.

Air mata TokTi

Siti Nurhaliza Gugur Air Mata [VIDEO] 



Menerusi siaran langsung di Instagram (IG) , Siti berkata ketika ini pihaknya sedang menyediakan pakaian hari raya buat anak-anak di Gaza.

Dalam masa yang sama terdapat juga sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa peperangan di sana.

Sembang-sembang tentang Gaza & Konsert Epitomi yang lalu. Tiba-tiba teremosi pulak..sebab apa? Sebab semua pembeli tiket yang menyumbang pada Yayasan Nurjiwa. Semoga Allah SWT berkati usaha kita bersama.

Beli pakaian untuk anak-anak di Rafah beraya nanti dan diberitahu kita dapat bantu beri makanan setiap hari.



Kita dapat beri makanan lebih 10,000 orang, satu keluarga ada empat ke lima orang. Jadi 2,000 keluarga.

Pelantun lagu, Aku Bidadari Syurgamu dilihat tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi tentang perkara tersebut.

Tak boleh la kalau bercakap pasal Gaza ni memang..

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin berkata dia akan tetap meneruskan usahanya untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan.



Sedih sebab saya tak sangka Allah bagi peluang untuk saya dan suami bantu orang-orang Gaza.

Sebab itu saya dan suami akan cuba sedaya upaya, kalau boleh kumpul dana, kami kumpul dana secukupnya.

Tidaklah tumpu kepada Gaza, sumbangan Gaza tetap akan berterusan sebab kita tak tahu sampai bila keadaan akan jadi macam itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakannya menyumbangkan sebahagian hasil jualan tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.



Tahniah TokTi, buatlah kebaikanmu kalau itu caranya untuk membela umat Islam. Alhamdulillah.

Allahurabbi tak sedar mengalir air mata, murah rezekimu. Allah sentiasa menjaganya.

Terbaik TokTi. Semoga Allah balas dengan kesihatan yang baik dan terus membantu mereka yang dalam kesusahan.

Untuk info, konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu adalah anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal yang diasaskan oleh Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.



@kick_kapoor8989

Tahniah yang hadir Konsert Siti. Duit itu untuk fakir miskin dan Rakyat G4za.. 😔🥹.. #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza

♬ Salju Kasih Nya – Siti Nurhaliza

Sumber: IG Siti Nurhaliza



Siti Nurhaliza Gugur Air Mata [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button