Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan
Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan
Atas arahan kabinet, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), telah ditugaskan untuk memeriksa Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), serta Sekolah Rendah Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI).
Ia bagi menentukan status pekerjaan pendidik dan kakitangan di institusi pendidikan yang ditadbir Pemuda PAS.
Kesemua institusi terbabit tidak didaftarkan secara sah sebagai sekolah, taman asuhan kanak-kanak, atau tadika.
Penulis difahamkan, antara perkara penting yang diperiksa oleh JTKSM adalah gaji pendidik PASTI yang dikatakan berada jauh di bawah paras minima yang kerajaan tetapkan.
Selain dari gaji, pendidik PASTI dan majikan mereka juga didakwa tidak membuat caruman KWSP sebagaimana yang diwajibkan.
Malah bayaran gaji yang dibuat tanpa ada sebarang penyata gaji.
Tidak ada pemeriksaan mengenai silibus yang diajar di PASTI kerana ianya bukan bidang kuasa JTKSM.
Namun seperti biasa, tindakan kerajaan yang berniat untuk membela nasib pendidik PASTI telah dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mereka mendakwa kedatangan JTKSM adalah sebagai usaha untuk mencari alasan untuk menutup PASTI di seluruh Malaysia.
Hujah yang mereka berikan adalah kerana PASTI diurus dan ditadbir oleh Pemuda PAS di mana PAS adalah pembangkang.
Mereka menuduh kerajaan bertindak zalim dan menindas parti pembangkang.
Kepimpinan PAS dengan segera cuba menutup tembelang mereka yang menindas pendidik PASTI selama ini.
Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, mendakwa pendidik PASTI bukanlah pekerja tetapi taraf mereka hanyalah sukarelawan.
Mereka cuma diberikan elaun dalam bentuk wang untuk menampung kos makanan dan perjalanan mereka.
Mungkin bagi beliau, tidak ada keperluan untuk mematuhi had gaji minima atau pun caruman KWSP.
Benarkah Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan?
Persoalannya, apakah benar pendidik PASTI selama ini hanya bertaraf sukarelawan dan tidak diiktiraf sebagai pekerja oleh majikan mereka, Pemuda PAS?
Kita lihat kes yang pernah dibicarakan di mahkamah.
Pada tahun 2021 semasa PAS berada didalam kerajaan, 4 orang pendidik PASTI dari Kedah telah membuat laporan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Mahkamah Buruh telah putuskan pendidik PASTI adalah pekerja dan tertakluk kepada Akta Kerja 1955.
Pada September 2023, Mahkamah Tinggi telah menolak keputusan JTK yang mendenda PASTI Ibnu Malik sebanyak RM20 ribu.
Keputusan mahkamah adalah pada denda kerana ada isu dalam menentukan hak pemilikan PASTI Ibnu Malik.
Namun dalam hal menetapkan bahawa pendidik PASTI adalah pekerja, tidak diusik.
Maknanya tafsiran pendidik PASTI sebagai pekerja dan tertakluk dibawah akta pekerja adalah sah dan diteruskan.
Agak pelik bila sukarelawan diberikan latihan ke tahap diploma dan ada pula Majlis Konvokesyen.
Arahan ini bukanlah usaha untuk mengacau dan menutup PASTI tetapi ini adalah untuk membantu pendidik PASTI.
Persoalannya, adakah PAS menghormati pendidik PASTI dengan memberikan elaun yang sangat rendah?
Apakah PAS meletakkan sikap Ihsan kepada pendidik PASTI dengan elaun yang sangat rendah setaraf budak intern, tapi perlu bekerja dari pagi ke petang?
Pendidik PASTI diminta setia atas dasar perjuangan, tapi dibiarkan hidup susah.
Jika ada pendidik PASTI yang bijak sikit, berfikir dan melawan, mereka di pecat.
Ada Beberapa Isu Lain Yang Perlu Di Periksa
Kerajaan juga perlu memeriksa agar semua premis PASTI disiasat agar mematuhi:
- Garis panduan PBT
- Garis panduan bomba
Selain itu, disebabkan PASTI menerima pelajar seawal dari usia 4 tahun, maka mereka perlu patuh kepada:
- Garis panduan JKM
- Garis panduan KKM
- Garis panduan KPM
Biarlah semua sekolah tidak kira PASTI atau apa, ada semua keperluan seperti yang disebutkan diatas.
Jika KPM dan JKM mendapati ada loophole dalam undang-undang sedia ada maka pindalah undang-undang tersebut dengan segera.
Ia untuk mengelakkan PASTI dan yang lain terkecuali dengan garis panduan yang sepatutnya.
Tindakan segera sangat penting agar kita dapat memastikan anak-anak dan generasi kita selamat dan sihat.
Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17
- Daripada Sibuk Pasal Isu Stoking, Lebih Baik Anthony Loke Fokus Laporan KLIA Antara Paling Teruk
- Bila Istana Negara Sudah Bersuara Mengenai Isu Stoking