Bila Istana Negara Sudah Bersuara Mengenai Isu Stoking

Bila Istana Negara Sudah Bersuara Mengenai Isu Stoking

Bila Istana Negara Sudah Bersuara Mengenai Isu Stoking

 

DYMM SPB YDP Agong, Sultan Ibrahim, benar-benar murka dengan isu stoking yang dicetak dengan kalimah Allah.

Baginda Sultan Ibrahim mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pihak yang bersalah.



“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan.”

“Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.”

“Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu.”

“Dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.”



“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat.”

“Dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali.”

“Adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.”

“Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk.”



“Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi,” titah baginda.

Dari titah baginda yang disiarkan dalam akaun rasmi baginda di Facebook, jelas menunjukkan kekecewaan dan kemurkaan baginda dalam isu tersebut.

Sebagai Ketua Agama Islam negara, pastinya baginda merasa bertanggungjawab untuk melindungi kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi persekutuan.

Pihak berkuasa perlu menggandakan usaha untuk merungkai isu tersebut hingga ke akar umbi supaya dapat menenangkan umat Islam.



Bagi umat Islam pula, penulis faham kita semua merasa sangat marah apabila kesucian kalimah Allah cuba diletakkan di kaki.

Tetapi jangan kita terlalu beremosi, kerana dibimbang akan mengganggu kelancaran siasatan pihak berkuasa.

Kepada yang bukan Islam, jangan cuba membuat provokasi atau mengambil kesempatan untuk menjadi hero dari isu tersebut kerana buruk padahnya nanti.

Sama-sama kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut.



Paling penting, sebagaimana YDP Agong titahkan,, mesti ada tindakan untuk mengelakkan ianya berulang lagi.

 

Bila Istana Negara Sudah Bersuara Mengenai Isu Stoking

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button