Ernie tercalon di SCTV Music Awards

 

Oleh Pena Merah

Ernie tercalon di SCTV Music Awards
Masing-Masing nyanyian Ernie dan Ade dicalonkan Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop dalam SCTV Music Awards.

Ernie Zakri menjadi penyanyi tempatan pertama dicalonkan acara berprestij, SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV) di Indonesia.

Pada anugerah itu, lagu duetnya bersama Ade Govinda, Masing-Masing dicalonkan menerusi tiga kategori iaitu Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop.



Turut membanggakan, lagu kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan MyMusic Records yang digubah dan ditulis oleh Ade bersama Nabila V itu menduduki tangga teratas carta stesen radio di kedua-dua negara, iaitu stesen radio GEN98.7 FM Jakarta dan Best FM serta Era FM di Malaysia.

Ernie yang juga pemegang trofi Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita), Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 berkata, dia bersyukur dan bangga kerana lagu Masing-Masing diterima baik oleh peminat di Indonesia.

“Saya sangat gembira kerana lagu ini diterima di Indonesia. Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana.

“Terima kasih Indonesia kerana menerima Masing-Masing dan menjadikannya melonjak di carta radio anda,” katanya. – Berita Harian



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button