Perbezaan Sistem SKIN Era Najib Dengan NIISE Muhyiddin, Siapa Penyamun Sebenar?

Perbezaan Sistem SKIN Era Najib Dengan NIISE Muhyiddin, Siapa Penyamun Sebenar

Perbezaan Sistem SKIN Era Najib Dengan NIISE Muhyiddin, Siapa Penyamun Sebenar?

 

Kerajaan BN masa DS Najib telah luluskan projek SKIN bernilai RM3.5 bilion.

Ianya untuk mengganti sistem imigresen usang yang berusia lebih 28 tahun.



Tetapi dibatalkan oleh Muhyiddin pada tahun 2019 bawah kerajaan PH1.0.

Dan diganti dengan projek NIISE bernilai RM1.16 bilion.

Namun projek NIISE yang sudah telan kos kerajaan sebanyak RM107 juta pula dibatalkan kerajaan Madani pada tahun lepas untuk ditender semula.

Semalam, mahkamah arahkan kerajaan untuk bayar gantirugi sebanyak RM231.5 juta kepada vendor projek SKIN sebab projek ditamatkan tanpa sebab.



Wang kerajaan sebanyak RM338.5 juga dibazir begitu sahaja tanpa apa-apa hasil.

Kini kerajaan hanya boleh bergantung kepada Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang sudah usang berusia 26 tahun.

Tidak disentralisasi, dan tidak mampu mengesan penjenayah atau menguruskan kuota buruh asing secara berkesan.

Malah senang dimanipulasikan untuk membenarkan kelulusan tidak patut kepada penjenayah dan pelawat asing yang tidak diizinkan.



Ramai yang mungkin mempunyai persepsi bahawa projek NIISE RM1.16 bilion adalah jauh lebih murah bandign projek SKIN RM3.5 bilion.

Tetapi terdapat perbezaan utama.

Perbezaan Antara SKIN dan NIISE

 

SKIN adalah berasaskan model konsesi di mana pendanaan awal dan risiko pelaksanaan kepada kerajaan adalah sifar sehingga ia sepenuhnya dibangunkan.



Hanya apabila SKIN beroperasi sepenuhnya selepas tempoh 3 tahun pembangunan, kerajaan akan mula membayar kos konsesi sebanyak RM290 juta setahun untuk menggunakannya.

Pembekal juga terus mengendalikan dan mengekalkan sistem itu sehingga akhir tempoh konsesi 15 tahun.

Jika sistem SKIN tidak berfungsi, kerajaan tidak perlu membayar apa-apa.

Berbeza dengan projek NIISE Midin yang berdasarkan prinsip turn-key.



Bermakna kerajaan membayar secara terus untuk keseluruhan kos pembangunan selama 54 bulan bermula dari 1 Mac 2021 hingga 31 Ogos 2025.

Ini bermakna kerajaan tanggung semua risiko sekiranya projek gagal.

Di bawah model ini, kerajaan juga akan terus menanggung kos penyelenggaraan dan operasi tahunan tambahan yang tidak ditentukan sekiranya sistem itu berjaya dibangunkan.

Amat sayang sekali projek SKIN dibatalkan.



Sebab kerajaan juga akan memperoleh manfaat penjimatan yang meningkat daripada pelaksanaan SKIN.

Ia akan menggabungkan semua perkhidmatan Jabatan Imigresen seperti Biometrik, Mbikes serta kos penyelenggaraan MyIMMS.

Selain daripada penjimatan, SKIN mempunyai potensi untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.

Berdasarkan penggabungan pelbagai perkhidmatan di bawahnya, perkhidmatan yang sebelum ini telah di outsource kepada vendor swasta termasuk IMACS, VLN, e-Visa dan FWCMS.

Selepas 6 tahun sejak PRU14, kini kita tidak dapat apa-apa.

Hanya bazir lebih RM338 juta wang kerajaan.

Di samping masih bergantung kepada sistem usang berusia 28 tahun yang banyak kelemahan dari segi kos penjimatan.

Kehilangan pendapatan kerajaan dan mempunyai risiko ancaman kepada keselamatan negara.

Nampak tak perbezaan antara seorang negarawan berbanding penyamun apabila memerintah negara.

 

Perbezaan Sistem SKIN Era Najib Dengan NIISE Muhyiddin, Siapa Penyamun Sebenar?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button