Isu Stoking: Chiok Wai Loong Mohon Maaf

Masih Ada Lagi Rakyat Malaysia Yang Bermantaliti Sampah

Isu Stoking: Chiok Wai Loong Mohon Maaf

 

Menteri di Hal Ehwal Agama, Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta umat Islam di negara ini bertenang dalam isu penjualan stokin tertera kalimah Allah di rangkaian pasaraya KK Mart.

Beliau juga memaklumkan, isu tersebut sudah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.



Dalam masa yang sama, Dr Na’im memberitahu, pihak polis, JAKIM dan KPDN & KSH kini sudah memulakan siasatan terhadap isu tersebut.

Tidak dapat dinafikan, isu tersebut adalah satu isu yang sangat sensitif.

Bukan sahaja di kalangan umat Islam di Malaysia, malah di serata dunia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, umat Islam di seluruh dunia sedang memerhati apa yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu tersebut.



Sebagai rakyat, sebaik-baiknya, kita menerima nasihat dari Dr Na’im supaya bertenang.

Sekiranya isu tersebut ditangani dengan cara yang salah, ianya boleh mengundang perpecahan antara kaum di negara kita.

Pihak yang terlibat sudah pun tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan.

Tetapi malangnya, dalam keadaan luka umat Islam di Malaysia masih berdarah, masih ada lagi manusia bermantaliti sampah di negara ini.



Masih Ada Lagi Rakyat Malaysia Yang Bermantaliti Sampah (1)

Facebooker Chiok Wai Loong dilihat sengaja membuat propaganda dengan hantaran yang ibarat menaburkan garam di luka.

 

Namun dari semakan penulis ke akaun rasmi Chiok Wai Loong, beliau telah memohon maaf secara terbuka setelah didatangi beberapa individu.



Sama ada permohonan maaf dari beliau adalah ikhlas atau tidak, bukan untuk kita menilaikannya.

Pengajaran di sini, kalau mahu menjadi warga Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum, hormati sensitiviti rakan yang tidak seagama dan sebangsa kita.

Isu agama dan bangsa bukanlah bahan untuk dijadikan lawak jenaka.

 



Isu Stoking: Chiok Wai Loong Mohon Maaf

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button