Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart

Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart

Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart

 

Pengerusi Eksekutif yang juga pengasas pasaraya KK Mart, KK Chai, bersama pengurusan tertinggi pasaraya tersebut telah memohon maaf atas apa yang mereka dakwa kesilapan yang tidak perasan.

Minggu lepas tular di media sosial, pasaraya KK Mart telah menjual stoking yang sangat jelas tercetak dengan kalimah Allah.



KK Chai berkata, hasil pemeriksaan di semua 800 cawangan KK Mart di seluruh negara, terdapat tiga premis dengan 14 pasang stoking berkenaan dikesan.

Ia termasuk cawangan KK Mart  Bandar Sunway seperti ditularkan di media sosial.

KK Chai juga berharap agar orang ramai memberikan raung dan peluang kepada KK Mart kerana kesilapan itu berlaku tanpa disengajakan.

Beliau menjelaskan, produk itu disediakan oleh pembekal menerusi sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka tersebut.



Mereka diberi tempat dalam kedai serbaneka kami untuk menjual produk yang proses.

Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat berkenaan tanpa pemantauan daripada pekerja kami.

Pihak pengerusan juga akui kelemahan sistem yang menyerahkan sepenuhnya kepada pembekal meletakkan produk di rak sehingga mengundang insiden sensitif ini.

Pengurusan KK Mart berjanji akan membaiki kelemahan sistem tersebut deng membuat pemeriksaan berskala.



Tidak Cukup Dengan Hanya Meminta Maaf

 

Dari penjelasan KK Chai, jelas insiden yang berlaku adalah kerana kelemahan sistem sewaan tapak dalam premis kepada vendor.

Namun KK Mart seharusnya sedar, isu ini membabitkan isu yang paling sensitif bagi bukan sahaja orang Melayu.

Tetapi ianya juga sangat sensitif kepada umat Islam di seluruh dunia.



Penulis tidak pasti kenapa hingga sekarang pejuang Melayu dan Islam dari PAS, PPBM, PKR dan PAS masih tidak bersuara.

Apakah bagi mereka isu ini tidak penting?

Memohon maaf dan mengakui kesilapan adalah sikap yang terpuji, namun dalam isu ini, ianya tidak mencukupi.

KK Mart mesti menjelaskan siapakah vendor yang terlibat, berapa banyak stoking yang telah dikeluarkan dan berapa banyak yang telah terjual.



Paling penting umat Islam di Malaysia mahu tahu, mengapa vendor tersebut terlalu cuai hingga melakukan kesilapan tersebut?

Atau mereka sememangnya biadab mahu menghina Allah SWT di bukan yang mulia ini.

Sehingga segala jawapan diberikan, boikot terhadap KK Mart mesti diteruskan.

 



Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button