Kemunafikan Dalam Politik Melayu

Kemunafikan Dalam Politik Melayu

Kemunafikan Dalam Politik Melayu

 

Bila bercakap di hadapan khalayak, mantra DEMI MELAYU tidak pernah terlepas dari mukut kedua-dua mereka.

Kononnya mereka pejuang yang terpaling bimbangkan nasib bangsa Melayu dan Islam di bumi sendiri.



Merekalah pejuang yang terpaling banyak membantu untuk membangunkan ekonomi bangsa Melayu supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Ibarat telunjuk lurus tetapi kelingking berkait, di sebalik lakonan dan kemunafikan mereka untuk membangungkan ekonomi bangsa Melayu, merekalah sebenarnya yang menjahanamkan.

Tidak perlu dituliskan berapa banyak harta parti UMNO telah disakau oleh Dr Mahathir sewaktu 22 tahun menjadi presiden UMNO dan perdana menteri.

Kes saman Pengerusi Eksekuti Renong Bhd, Halim Saad ke atas Dr Mahathir hanyalah seperti yang dikatakan oleh orang Jawa, a tip of the iceberg.



Juga tidak perlu diceritakan berapa banyak ekuiti orang Melayu sudah dijual semasa beliau menjadi perdana menteri kali kedua.

Khazanah Nasional Bhd, Petronas, Felda dan pelbagai entiti lain yang dimiliki oleh orang Melayu dibuat macam harta mak bapak sendiri.

Muhyiddin pula sangat terkenal dengan kes sakau yang sangat berwibawa dalam skandal Jana Wibawa.

Nama projek memang molek, Jana Wibawa, tetapi ketirisan besar-besaran yang berlaku membuatkannya sangat tidak molek.



Seribu dirham untuk ana, satu dirham untuk enta!!!

Kezaliman Muhyiddin Kepada Bangsa Melayu

 

Minggu lepas meletup pula penghakiman mahkamah yang memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi kepada Prestariang SKIN Sdn Bhd.

Kalau ganti rugi setakat dua tiga puluh ringgit, kita tak kesah sangat.



Tapi jumlahnya adalah RM231.55 juta.

Duit siapa yang akan digunakan?

Sudah tentu duit rakyat.

Apa cerita sebenar Prestariang SKIN Sdn Bhd?



PSKIN memperoleh kontrak selama 15 tahun pada 9 Ogos, 2017 untuk menyediakan sistem kawalan sempadan untuk Jabatan Imigresen Malaysia.

Tetapi pada 2018, Muhyiddin yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu telah membatalkan kontrak tersebut.

Prestariang SKIN sudah melakukan R&D sejak 2014 dan bukan sedikit kos yang telah dibelanjakan oleh Prestariang SKIN.

Penamatan kontrak secara sebelah pihak dengan ekspropriasi yang berkuat kuasa 22 Jan, 2019 pasti memberikan implikasi kewangan yang cukup besar kepada Prestariang SKIN.



Setelah gagal dalam beberapa siri rundingan dengan pihak KDN, Prestariang akhirnya mengambil keputusan mendapatkan keadilan di mahkamah.

Akhirnya minggu lepas, mahkamah membuat keputusan untuk mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi rugi kepada Prestariang SKIN.

Adakah RM231.55 juta itu mencukupi untuk membaik pulih kerugian kewangan yang dialami Prestariang SKIN akibat dari pembatalan projek SKIN?

Ianya jauh dari mencukupi dari impak kewangan yang dialami Prestariang SKIN adalah antara RM733 hingga RM922 juta!!!

Demi Mengkayakan Kroni, Syarikat Melayu Sanggup Di Jadikan Mangsa

 

Kenapa Muhyiddin membatalkan konsesi yang bernilai RM3.5 bilion kepada Prestariang SKIN atas sebab tertentu yang Muhyiddin tak nyatakan?

Sebab Muhyiddin hendak bangunkan pula Sistem Imigresen Bersepadu di mana keluarga terapat beliau mempunyai kepentingan.

SPRM khabarnya sudah pun membuka kertas siasatan terhadap projek tersebut.

Tetapi menantu Muhyiddin pula telah dapat melarikan diri ke luar negara dan ini membuatkan siasatan SPRM terhentu seketika.

Prestariang SKIN adalah syarikat yang dimiliki oleh Melayu Bumiputera dan mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membangunkan sistem SKIN.

Sekiranya terdapat pelanggaran kontrak yang nyata dari Prestariang SKIN, maka wajarlah kontrak ditamatkan.

Tetapi tidak berlaku pelanggaran kontrak dan mengapa kontrak ditamatkan melalui sebelah pihak sahaja?

Pada penulis, itulah bukti kerakusan Mahyiddin untuk mengkayakan jeluarga sendiri.

Yang menjadi mangsa adalah syarikat Melayu Bumiputera yang berpotensi.

Layakkah Muhyiddin atau Dr Mahathir bercakap tentang nasib bangsa Melayu?

 

Kemunafikan Dalam Politik Melayu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button