Tidak Ada Tawaran CSA Kepada Pembangkang

Tidak Ada Tawaran CSA Kepada Pembangkang

Tidak Ada Tawaran CSA Kepada Pembangkang

 

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof menafikan kerajaan sudah menawarkan CSA kepada pembangkang seperti didakwa ahli parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Saya tak tahu pasal tawaran CSA itu.”



“Mereka (pembangkang) patut jumpa saya Selasa lalu.”

“Tapi saya dimaklumkan Takiyuddin Hassan (Ketua Whip PN) minta tangguh atas sebab ada hal penting di Kota Bahru,” jelas Fadillah.

Ahli parlimen Ketereh, Khlir Mohd Noor mendakwa kerajaan menawarkan CSA kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin.

Ia kononnya sebagai balasan untuk peruntukan bagi kawasan ahli parlimen PN.



“Sudah ada tawaran tandatangan untuk menyokong.”

“Ada syarat-syaratnya.”

“Kalau cakap macam itu (beri sahaja peruntukan) tidak mengapa, masalahnya ada syaratnya.”

“Kalau syaratnya ketat bagaimana?,” kata Khlir.



Khlir turut menyatakan ahli parlimen pembangkang tidak bercadang untuk bertemu dengan Fadillah berhubung peruntukan itu selagi kerajaan mengenakan syarat.

Fadillah diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk wakil rakyat mereka.

Namun PN dikatakan menghentikan rundingan pada November tahun lalu kerana mendakwa kerajaan meminta jaminan tertentu.

Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat November lalu menyatakan sokongan yang dinyatakan kepada beliau bukan syarat untuk peruntukan sama rata diberikan kepada ahli parlimen.



Beliau juga tidak akan menyekat peruntukan untuk wakil rakyat.

Apa yang beliau mahu adalah peraturan itu dihormati dan mengadakan perbincangan untuk peruntukan seperti yang dilakukan semasa pentadbiran dahulu.

Juga tiada pra-syarat atau syarat bahawa sokongan mesti diberikan kepada perdana menteri.

Cuma yang menghairankan, dari mana Khlir mendapat maklumat kerajaan sudah menawarkan CSA kepada pembangkang.



Adakah Hamzah Zainuddin sudah menipu Khlir atau Khlir yang menipu atau mungkin kedua-duanya adalah penipu.

 

Tidak Ada Tawaran CSA Kepada Pembangkang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button