Ahmad Zahid yakin UMNO kembali jadi pilihan

Oleh – Syeikh Baran


Ahmad Zahid yakin UMNO kembali jadi pilihan
Ahmad Zahid bersama kepimpinan UMNO Kelantan semasa beliau mengadakan program turun padang pada Sabtu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu akan kembali menjadi pilihan rakyat Kelantan pada masa hadapan.

Beliau berkata, keyakinan itu berpandukan kepada komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh para kepimpinan UMNO di negeri.



“Saya amat berpuas hati dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinan UMNO Kelantan untuk memastikan parti ini terus relevan dalam memperjuangkan masa hadapan orang Melayu di negeri ini.

“Walaupun tidak berada dalam tampuk kepimpinan negeri, saya yakin, satu hari nanti UMNO akan kembali menjadi pilihan ‘ore Kelate’ bagi merealisasikan perubahan dan pembangunan yang lebih baik dan pesat serta kemakmuran yang menyeluruh kepada seluruh rakyat di negeri ini. Insya-ALLAH,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Ahad.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau mendoakan yang terbaik untuk UMNO Kelantan.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading