RHB jangka pertumbuhan pinjaman 4 peratus

RHB jangka pertumbuhan pinjaman 4 peratus

RHB jangka pertumbuhan pinjaman 4 peratus
RHB jangka pertumbuhan pinjaman 4 peratus

RHB Bank Bhd (RHB) menjangkakan pertumbuhan pinjamannya sekitar empat peratus untuk tahun kewangan 2023, dipacu oleh segmen runcit, perusahaan kecil dan sederhana serta Singapura.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mohd Rashid Mohamad berkata sebelum ini RHB telah mengunjurkan pertumbuhan pinjamannya sekitar 4.0 hingga 5.0 peratus untuk tahun kewangan 2023.

“Untuk 2023, kami mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 4.3 peratus, manakala kadar dasar semalaman dijangka kekal akomodatif terhadap industri perbankan.



“Perbelanjaan pengguna dijangka kekal lebih rendah pada separuh kedua 2023 disebabkan faktor seperti kenaikan kos sara hidup yang boleh mengurangkan kuasa beli, tekanan inflasi yang tinggi dan ringgit yang lebih rendah,” katanya ketika taklimat mengenai keputusan separuh pertama 2023 bank itu.

Beliau berkata pihaknya percaya bahawa ekonomi akan terus berkembang tetapi tidak sekukuh pada separuh pertama 2023, dan berharap dapat memenuhi sasaran pertumbuhan pinjaman sebanyak empat peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti



Mohd Rashid berkata, prestasi kumpulan pada separuh pertama 2023 mencerminkan keupayaan bank untuk mencapai prestasi yang mampan walaupun dalam masa yang tidak menentu.

Bagaimanapun, beliau kekal optimistik dengan berhati-hati tentang prospek bank untuk baki tahun 2023.

RHB jangka pertumbuhan pinjaman 4 peratus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading