1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


1MDB - Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti



Perbicaraan kes 1MDB-Tanore yang dihadapi Dato Sri Najib Razak menampilkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz sebagai saksi. Namun demikian, pemerhatian yang dilakukan semasa soal balas oleh pasukan Peguambela Najib mendapati Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibilitinya.

Zeti semasa menjawap soal balas Tan Sri Shafee banyak menampilkan jawapan “I don’t have knowledge”, “I don’t know”, “I don’t aware” sebagai jawapan bagi menyelamatkan dirinya.

Bekas Gabenor BNM itu juga diperhatikan akan menyalahkan pihak bank yang tidak melaporkan transaksi masuk wang ke akaun yang berkaitan dengan 1MDB.

Beliau juga cuba memberi gambaran bank tempatan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh BNM (Bank Negara Malaysia) untuk urusan kemasukan wang dalam jumlah besar ke akaun pelanggan bank.



1MDB - Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti

Bekas Gabenor Bank Negara itu juga memberi gambaran BNM amat mudah untuk kena ‘scam’ bila mengakui tidak mengetahui kewujudan akaun palsu yang menggunakan nama 1MDB.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark


Amat mengejutkan apabila Zeti juga mengaku tidak tahu mengenai laporan pihak Singapura berkaitan SD (Akaun Bersumpah) Tawfiq Ayman yang melibatkan pemulangan wang 1MDB.



Adakala jawapan dari Zeti mencuit hati menyebabkan para pemerhati tertawa sehingga di tegur Hakim Collin. Bekas Gabenor Bank Negara itu juga tidak konsisten memberi jawapan kepada soalan yang diberikan pasukan Peguambela.

Zeti membuktikan beliau adalah seorang individu yang boleh dipertikaikan kredibiliti sebagai saksi dalam kes 1MDB ini, dan beliau juga tidak boleh dipercayai sama sekali dalam memberi keterangan.

1MDB - Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti
Ashok Ramarmurthy

Hari kedua terakhir Zeti sebagai saksi telah menyebut satu nama  Ashok Ramarmurthy. Beliau menyatakan kerosakan yang berlaku dalam Ambank 80% adalah disebabkan Ashok.

Ini telah menyebabkan Shafee terus teruja untuk cuba mendapatkan keterangan individu yang bernama Ashok Rammarmurthy.



Bagaimanapun, usaha tersebut dibantah pihak Pendakwaraya.

Selain Ashok, Shafee juga akan memanggil semula Cheah Tek Kuang berikutan kenyataan Zeti terhadap Cheah dalam urusan kewangan 1MDB.

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zeti beri gambaran Bank Negara senang kena ‘scam’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button