Hadi Awang Cabar Kuasa Raja?

Hadi Awang Cabar Kuasa Raja?

Hadi Awang Cabar Kuasa Raja?

Kemenangan besar PAS dalam PRN di 6 negeri dilihat benar-benar telah mengubah sikap majoriti pemimpin PAS.

Mereka kini dilihat bukan sahaja bertambah yakin dengan kemaraan Gelombang Hijau.

Malah dilihat semakin angkuh dalam perbuatan dan mengeluarkan kenyataan.



Satu yang tidak berubah adalah nafsu mereka untuk merampas kuasa di Putrajaya.

Baru-baru ini, presiden PAS, Hadi Awang telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh dianggap bukan sahaja tidak menghormati perlembagaan, malah mencabar kuasa Raja Raja Melayu.

Beliau menegaskan, kuasa yang diberikan kepada Lembaga Pengampunan adalah tidak selari dengan syariat Islam.

Hadi mempertikaikan kuasa pengampunan yang diperuntukkan oleh perlembagaan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh YDP Agong.



Ekoran itu, pihak PDRM telah memanggil Hadi untuk dirakam percakapan beliau.

Menurut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, SPB YDP Agong mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan atas kesalahan jenayah yang dilakukan.

Dan menurut Perkara 42(4) dan Perkara 42(5) perlembagaan yang sama, kuasa pengampunan diberikan kepada raja bagi negeri yang mempunyai raja.

Kuasa tersebut diberikan secara mutlak oleh perlembagaan dan ianya tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.



Adakah dengan kenyataan sebegitu, Hadi Awang merasakan bahawa beliau kini sudah boleh mencabar kuasa Raja Raja Melayu?

Atau mungkinkah kerana kemenangan besar PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu membuatkan Hadi merasakan beliau berada di atas institusi Raja Raja Melayu?

Tidak mustahil juga Hadi Awang kini sedang memvokalkan suara Dr Mahathir.

Bukankah Dr Mahathir sememangnya dikenali sebagai individu yang sering menghina institusi Raja Raja Melayu!!!



 

Hadi Awang Cabar Kuasa Raja?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button