Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang

Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang

Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang

Sebelum ini Perikatan Nasional mendakwa, selepas PRN 6 negeri, mereka akan berjaya menumbangkan Kerajaan Perpaduan di pusat.

Tetapi denga syarat, Perikatan Nasional dapat menawan sekurang-kurangnya 5 dari 6 negeri yang mengadakan pilihanraya negeri.

Keputusan menyaksikan status quo dikekalkan di kesemua 6 negeri tersebut.



Dalam artikata lain, Perikatan Nasional memberitahu kita semua, syarat untuk menumbangkan kerajaan pusat tidak dipenuhi.

Jadi, perancangan untuk menumbangkan kerajaan pusat tidak dapat dilakukan.

Kemudian timbul pula iltizam baharu mereka dan mereka mendakwa, sekiranya Perikatan Nasional memenangi PRK Simpang Jeram, maka kerajaan pusat akan ditumbangkan.

Bagi orang yang rasional, teori Mat Jenin Perikatan Nasional ini dianggap tidak lebih dari sembang kari.



Apa kaitannya kerusi DUN Simpang Jeram dengan kerusi parlimen di Dewan Rakyat?

Namun ada yang mempercayainya.

Persoalannya, mengapa PRK DUN Simpang Jeram dan bukannya PRK parlimen Pulai?

Bukankah parlimen Pulai lebih logik untuk dikaitkan dengan cubaan menenbuk atap?



Jawapannya adalah kerana Perikatan Nasional tahu, mereka tidak mampu untuk merampas kerusi parlimen Pulai.

Realitinya pula, walau pun kerusi DUN Simpang Pulai berjaya dirampas, bukan sahaja kerajaan pusat, malah kerajaan negeri Johor pun tidak akan tumbang.

Lebih Baik Annuar Musa Tumpukan Perhatian Pada Kes Mahkamah

Terkini, Annuar Musa pula membuat spekulasi baharu.

Kononnya keputusan PRK parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram pada 9 September ini akan memberikan isyarat beberapa pemimpin UMNO akan meninggalkan parti.



2 dari mereka adalah ahli parlimen, Hishamuddin Hussein dan Hasni Mohammad, manakala 3 lagi bukan ahli parlimen, Halimah Saddiq, Adham Baba dan Maulizan Bujang.

Memang ada khabar angin yang mengatakan ada 7 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti.

Realitinya, walau pun benar kesemua 7 orang ahli parlimen tersebut meninggalkan UMNO, kerajaan pusat masih tidak boleh diruntuhkan.

Sekarang ini, Perikatan Nasional hanya mempunyai 74 ahli parlimen.



Dengan sokongan 7 ahli parlimen UMNO, Perikatan Nasional memerlukan lagi 31 sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan.

Dari berangan untuk menumbangkan kerajaan, lebih baik Annuar Musa tumpukan perhatian kepada kes mahkamah yang bakal beliau hadapi.

Seekor dua ayam tidak berkokok, hari tetap akan siang.

Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button