2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati

2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati

2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati

Sebelum PRU 14, 2 golongan yang menjadi ‘fixed deposit’ kepada UMNO di dalam pilihanraya adalah penjawat awam dan peneroka FELDA.

Namun selepas PRU 14, kedua-dua golongan ini dilihat semakin menjauhi UMNO.

Status pengundi putih UMNO dari kedua-dua golongan ini dilihat semakin pudar.



Jumlah rancangan FELDA di seluruh Malaysia adalah sebanyak 317 dan ianya mempunyai 54 kawasan parlimen.

Ini bermaksud, sebelum PRU 14, setiap kali pilihanraya umum, UMNO sudah mempunyai 54 kerusi parlimen atau 25% kerusi parlimen di Dewan Rakyat.

Tetapi keadaan ini berubah bermula dari PRU 14.

UMNO kehilangan sebahagian besar dari ‘fixed deposit’ yang selama ini berada dalam genggaman UMNO.



Satu kajian khas mesti UMNO lakukan untuk mendapatkan kembali sokongan dari peneroka FELDA.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Apakah faktor yang menyebabkan sokongan peneroka FELDA kepada UMNO semakin hari semakin pudar?

Jangan lagi beretorik dengan alasan fitnah dari musuh UMNO menjadi sebab utama mengapa keadaan ini berlaku.



Sekali pun ianya benar, UMNO mesti mengambil langkah dan menggerakkan usaha untuk memulihkan sokongan peneroka FELDA.

Golongan Penjawat Awam

Golongan kedua yang mesti diberi perhatian adalah penjawat awam.

Keadaan yang sama berlaku, UMNO kehilangan hampir semua undi penjawat awam di dalam mana-mana pilihanraya.

Contoh terdekat adalah PRN di 6 buah negeri.



Undi awal PRN 6 negeri menunjukkan lebih 90% penjawat awam tidak mengundi UMNO/Barisan Nasional.

Manakala majoriti penjawat awam yang tidak terlibat dalam pengundian awal juga didapati tidak memberikan undi kepada UMNO/Barisan Nasional.

UMNO boleh memberikan pelbagai alasan mengapa perkara ini berlaku.

Tetapi, hanya dengan memberikan alasan tanpa tindakan pembetulan, tidak akan dapat mengubah keadaan.



Tindakan pro aktif mesti diambil segera untuk mengembalikan sokongan penjawat awam kepada UMNO.

Jangan lupa, sokongan teras kepada UMNO datangnya dari pengundi Melayu.

Dan golongan teras pengundi Melayu datangnya dari kedua-dua golongan ini.

Hilang sokongan dari kedua-dua golongan ini, UMNO akan kehilangan lebih 80% undi yang diperlukan.



Buktinya dapat dilihat dalam keputusan PRU 15 dan PRN di 6 buah negeri.

 

2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button