Pengganti Haaland dikesan ada ketumbuhan

BERLIN: Borussia Dortmund berkata penyerang, Sebastien Haller meninggalkan kem latihan pramusim di Switzerland selepas ketumbuhan ditemui di bahagian buah zakarnya.

Pemain Ivory Coast itu menyertai kelab Jerman berkenaan awal bulan ini sebagai pengganti Erling Haaland yang meninggalkan kelab untuk ke Manchester City.

“Selepas ujian intensif dijalankankan, satu ketumbuhan akhirnya ditemui di bahagian buah zakar,” kata Dortmund.



“Untuk hari mendatang, ujian lanjut akan dilakukan di pusat perubatan pakar,” kata kenyataan itu.

Dortmund membayar Ajax 31 juta euro (RM140.05 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu selepas dia menjaringkan 47 gol dalam 65 penampilan bersama kelab Belanda itu.

“Berita hari ini adalah satu kejutan kepada Sebastien Haller dan kami semua. Keseluruhan keluarga Borussia Dortmund mendoakan pemulihan Sebastien secepat mungkin supaya kami dapat memeluknya sekali lagi,” kata pengarah sukan Dortmund, Sebastian Kehl dalam satu kenyataan.

“Kami akan lakukan apa sahaja bagi memastikan dia menerima rawatan terbaik,”.



Perlawanan pertama Dortmund dalam musim baharu Bundesliga ialah berdepan Bayer Leverkusen pada 8 Ogos, lapan hari selepas menentang pasukan divisyen ketiga, 1860 Munich pada pusingan pertama Piala Jerman.

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading