Neelofa hamil anak kedua?

KUALA LUMPUR : Selebriti popular, Neelofa dilaporkan dipercayai hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya, menjadi tular.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Neelofa dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, baru-baru ini.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai apabila mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil walaupun dikatakan menyembunyikan kelahiran anak keduanya itu, lapor Harian Metro (HM) Online.



“Dia sorok tapi asyik pegang perut je. Sorok dalam nyata,” komen seorang netizen.

“Wanita kalau hamil automatik akan nak pegang perut walaupun kandungan masih baru,” tulis seorang netizen.

Menerusi video yang ditonton lebih 295,000 itu, Neelofa turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan mendakwa Bilal bakal dikurniakan adik, tidak lama lagi.

“Tahniah Bilal jadi abang selepas ini,” tulis seorang netizen.



“Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi,” komen seorang pengikut.

Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

HM Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button