Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu
Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu
Era pasca PRU 14, 15 orang ahli parlimen PN adalah terdiri dari ahli parlimen UMNO yang melompat dengan pelbagai alasan.
Ada yang melompat kerana diugut dengan kes mahkamah.
Dan ada juga yang melompat kerana terpengaruh dengan tawaran ‘scheme of things’ yang ditaja oleh presiden PPBM, Muhyiddin Yasin.
Kemudian berlaku pula kudeta rampasan kuasa oleh Muhyiddin yang ketika itu menjadi presiden PPBM dari pengerusi PPBM, Dr Mahathir.
Tidak cukup dengan ‘katak politik’ yang diimpot dari UMNO, PN impot pula seramai 9 orang ahli parlimen dari PKR.
Ini menjadikan jumlah ‘katak politik’ yang melompat ke PN selepas PRU 14 adalah seramai 24 orang.
Implikasinya, berlaku perang dingin di dalam PN, khususnya PPBM.
Kem Azmin Ali yang dianggotai oleh bekas ahli parlimen PKR bersaing untuk menguatkan pengaruh dengan kem Hamzah Zainuddin yang dianggotai oleh bekas ahli parlimen UMNO.
Kedua-dua kem Azmin Ali dan Hamzah pula bersaing dengan ahli parlimen PPBM yang asal yang diketuai oleh Muhyiddin Yasin.
Sebaik sahaja senarai calon PRU 15 diisytiharkan oleh BN, beberapa orang pemimpin UMNO telah digugurkan.
PN dengan serta merta menjemput mereka untuk untuk bertanding atas tiket PN, seperti Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket PN/PAS.
PN Tempat Berkumpulnya Katak Dan Pengkhianat Parti
Dan kini, sebelum MKT UMNO memuktamadkan untuk mengambil tindakan disiplin ke atas beberapa orang pemimpin UMNO, PN sudah pun memberikan kad jemputan.
Baca di sini:
Kini apabila tindakan disiplin sudah dimuktamadkan oleh MKT UMNO, Muhyiddin tanpa segan silu membuka pintu untuk dimasuki oleh pengkhianat UMNO.
Apakah UMNO akan merasa kehilangan dengan pemecatan pemimpin seperti KJ?
Penulis tidak merasakan begitu, kerana pada pengamatan penulis, sama ada di dalam mahu pun di luar UMNO, pengaruh KJ tidaklah seperti yang digembar gemburkan.
KJ jelas tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi UMNO, dalilinya beliau tewas di tangan DS Zahid dalam pemilihan parti 2018 untuk jawatan Presiden UMNO.
Malah pemecatan beliau juga tidak mendapat bantahan yang besar dari akar umbi UMNO.
Di luar parti pula, sokongan KJ tidaklah sekuat yang dikatakan, dalilinya beliau tewas di parlimen Sg Buloh dalam PRU 15.
Baca di sini:
https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-khairy-kecundang-di-sungai-buloh-392614
KJ seorang yang oportunis dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai cita-cita peribadi politik beliau.
Apa yang pasti, pasti pesta di dalam PN terutamanya PPBM akan menjadi lebih meriah selepas ini.
Good luck…😉😉😉
Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan