Penuntut wanita rugi RM21, 674 terpedaya tawaran kerja sambilan

Penuntut wanita rugi RM21, 674 terpedaya tawaran kerja sambilan

Penuntut wanita rugi RM21, 674 terpedaya tawaran kerja sambilan
Foto hiasan

KUANTAN: Seorang penuntut wanita di sebuah institut perguruan kerugian RM21,674.97 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan pembelian barang melalui platform e-dagang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, mangsa berumur 21 tahun itu menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada suspek pada 13 Januari lalu.

Katanya, suspek menawarkan kerja sambilan perniagaan pembelian barang melalui platform e-dagang kepada mangsa.



“Berikutan itu, mangsa membuat 10 pindahan wang kepada dua akaun bank yang berlainan.

“Mangsa berasa tertipu dengan tawaran terbabit kerana tidak mendapat barang seperti yang dijanjikan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM21,674.97.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, pihaknya menasihati masyarakat supaya berwaspada dengan tawaran kerja sambilan yang diterima bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.



Katanya, masyarakat perlu bijak menilai kerana tidak ada pekerjaan yang perlu membuat bayaran terlebih dahulu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji mendapat komisen dan pulangan tunai dalam masa yang singkat.

“Bagi mengelak menjadi mangsa, sebaiknya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautanhttps://semakmule.rmp.gov.my/terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?



Penuntut wanita rugi RM21, 674 terpedaya tawaran kerja sambilan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button